awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sekolah mula dibuka di England

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2021
22:46 MYT
COVID-19: Sekolah mula dibuka di England
Para pelajar perlu menjalani ujian saringan dalam tempoh tiga hingga lima hari. - Foto REUTERS/Jason Cairnduff
LONDON: Sesi persekolahan secara bersemuka di United Kingdom (UK) dimulakan pada Isnin selepas negara itu mula melonggarkan beberapa sekatan COVID-19.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan negara itu masih berdepan kesukaran dalam memerangi pandemik COVID-19 dengan penularan varian baharu.
Demi kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak, sekolah adalah antara pusat awam pertama yang dibuka semula.
Kerajaan dan pihak sekolah meningkatkan usaha mengawal penularan dengan melakukan ujian saringan terhadap pelajar dan petugas sekolah dan mewajibkan pemakaian pelitup muka.
Para pelajar perlu menjalani ujian saringan dalam tempoh tiga hingga lima hari.
Sebelum ini Perdana Menteri Boris Johnson memaklumkan, pembukaan semula sekolah adalah langkah penting dalam kehidupan norma baharu di negara itu.
Walaupun pelajar perlu melakukan ujian secara berkala, lebih ramai pelajar dijangka akan dibenarkan melakukan pembelajaran secara bersemuka termasuk pelajar universiti.
UK juga dijangka akan membentangkan pelan penjadualan semula tempoh persekolahan dengan memanjangkan tempoh pembelajaran harian dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#UK
#dibuka
#bersemuka
#varian baharu
#ujian saringan
#Boris Johnson
#pelitup muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan