awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura rekod 14 kes import, seorang baru pulang dari Malaysia

Bernama
Bernama
26/12/2020
04:17 MYT
COVID-19: Singapura rekod 14 kes import, seorang baru pulang dari Malaysia
Satu daripada 14 kes import di republik itu yang diumumkan pada Jumaat melibatkan seorang rakyat Singapura yang pulang dari Malaysia. - Gambar fail
SINGAPURA:Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu daripada 14 kes import di republik itu yang diumumkan semalam melibatkan seorang rakyat Singapura yang pulang dari Malaysia.
Dilabelkan sebagai kes 58748, lelaki berusia 25 tahun itu yang tidak mempunyai gejala telah diasingkan sebaik tiba di Singapura, menurut kementerian itu menerusi data penuh yang dikeluarkan malam tadi.
Kementerian itu memaklumkan 11 kes import juga tidak bergejala yang dikesan daripada saringan dan pengawasan proaktif manakala dua lagi mengalami gejala.
Setakat tengah hari Jumaat, republik itu melaporkan sejumlah 14 kes baharu COVID-19 dengan tiada penularan komuniti atau menginap di asrama, menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kepada 58,509 kes.
MOH setakat ini mengklasifikasikan 1,727 daripada kes dilaporkan sebagai import, 2,276 kes komuniti dan 54,506 melibatkan penghuni asrama.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Kementerian Kesihatan
#Malaysia
#rentas negara
#COVID-19
#kes import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan