awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: WHO beri amaran cabaran kesihatan mental akibat virus

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2021
23:45 MYT
COVID-19: WHO beri amaran cabaran kesihatan mental akibat virus
WHO melalui Jabatan Kesihatan Mental berusaha mencari kaedah terbaik bagi membantu memberi sokongan kepada mereka yang kesihatan mental terjejas akibat pandemik COVID-19. Gambar hiasan
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat membangkitkan mengenai cabaran kesihatan mental yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Menurut Ketua Teknikal Program Kecemasan Kesihatan WHO, Maria Van Kerkhove, terdapat pelbagai kesan akibat virus ini terhadap kesihatan mental.
"Terdapat variasi daripada segi kesan yang ditimbulkan terhadap individu. Sama ada anda kehilangan orang yang anda sayangi atau ahli keluarga serta rakan anda akibat virus ini.
"Sama ada anda kehilangan pekerjaan, anak-anak yang tidak dapat ke sekolah, orang-orang yang terpaksa tinggal di rumah dalam situasi yang sangat sukar.
"Organisasi ini melalui Jabatan Kesihatan Mental kami, berusaha mencari kaedah di mana kami dapat menyokong mereka seperti ini," katanya pada satu sidang media di Geneva.
Maria berkata, banyak usaha dilakukan WHO untuk melihat kepada kesihatan mental dan ia telah dilakukan selama beberapa tahun.
Bagaimanapun, katanya, khusus ketika pandemik ini, ia menimbulkan kesedaran mengenai jumlah luar biasa individu yang terjejas kesihatan mental, tidak kira di mana tempat tinggal mereka dan usia mereka.
Topic Berkaitan
#WHO
#pandemik
#COVID-19
#kesihatan
#sekolah
#amaran
#kesihatan mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan