awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes selesema melebihi tahap amaran di Jepun
313,529 saman dikeluarkan di KL sejak 1 Oktober lalu
Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan Israel duduki Gaza mesti ditentang sekeras-kerasnya - Duta China

Bernama
Bernama
11/08/2025
10:40 MYT
Cubaan Israel duduki Gaza mesti ditentang sekeras-kerasnya - Duta China
Fu berkata Gaza adalah milik rakyat Palestin dan merupakan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah Palestin. - Gambar/ AP
NEW YORK: Cubaan Israel untuk menduduki Semenanjung Gaza mesti ditentang sekeras-kerasnya, kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong.

Ringkasan AI
  • Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong, menegaskan bahawa cubaan Israel untuk menduduki Semenanjung Gaza mesti ditentang kerana wilayah itu adalah milik rakyat Palestin dan sebahagian tidak terpisah daripada Palestin.
  • China menggesa Israel menghentikan operasi ketenteraan, membuka lintasan sempadan, menarik balik sekatan bantuan dan memenuhi tanggungjawab sebagai kuasa pendudukan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
  • Masyarakat antarabangsa diseru mempercepat pelaksanaan penyelesaian dua negara dan menolak tindakan unilateral yang menjejaskan asas formula tersebut, serta mengambil langkah adil dan bertanggungjawab untuk mendorong gencatan senjata.

Beliau membuat gesaan itu semasa sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Ahad susulan Kabinet Keselamatan Israel meluluskan rancangan pengambilalihan kawalan ke atas Bandar Gaza.
Fu berkata Gaza adalah milik rakyat Palestin dan merupakan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah Palestin.
Sebarang cubaan untuk mengubah demografi atau struktur wilayah Gaza mesti ditentang dengan tegas.
Beliau menggesa supaya kerajaan Israel mendengar suara masyarakat antarabangsa dan rakyat, menghentikan serta-merta segala tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta menamatkan operasi ketenteraan terhadap Gaza.
Negara-negara yang mempunyai pengaruh besar terhadap pihak-pihak terbabit perlu menunjukkan sikap yang adil dan bertanggungjawab serta mengambil tindakan praktikal untuk mendorong pelaksanaan gencatan senjata, katanya.
Fu turut mendesak agar Israel memenuhi kewajipannya sebagai kuasa pendudukan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, membuka semua lintasan sempadan dan menarik balik sekatan ke atas akses bekalan bantuan.
Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa melipatgandakan usaha bagi mempercepat pelaksanaan formula 'penyelesaian dua negara' dan bersama-sama menentang sebarang tindakan unilateral yang menjejaskan asas formula berkenaan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Genosid Gaza
#kekejaman israel
#Fu Cong
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami