awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan kesihatan pemimpin agung Iran merosot hanya khabar angin

Agensi
Agensi
07/12/2020
13:15 MYT
Dakwaan kesihatan pemimpin agung Iran merosot hanya khabar angin
Khabar angin berkaitan kesihatan pemimpin berusia 81 tahun itu tidak benar - Gambar fail/ AP
PEGAWAI rasmi yang rapat dengan pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengatakan keadaan kesihatannya semakin merosot.
Menurut Mehdi Fazaeli, khabar angin berkaitan kesihatan pemimpin berusia 81 tahun itu tidak benar malah keadaan Khamenei baik sahaja dan masih mampu bertugas seperti biasa.
“Dengan kuasa tuhan serta doa-doa yang setia, kesihatan Ayatollah Khamenei adalah baik, dan beliau sangat sibuk menguruskan kerja-kerja rutin hariannya,” kata Fazaeli menerusi Twitter, pada Isnin.
Perkara itu turut dilaporkan agensi berita separuh rasmi Fars News.
Untuk rekod, Fazaeli berkhidmat sebagai pegawai yang melaporkan tugasan Khamenei.
Sebelum ini, kenyataan mengenai kesihatan Khamenei dikeluarkan susulan beberapa laporan agensi berita yang merujuk kepada satu ciapan di Twitter oleh seorang wartawan yang mendakwa Khamenei telah melepaskan tugas kepada anak lelakinya akibat keadaan kesihatan yang semakin merosot.
Khamenei telah memimpin Iran sejak tahun 1989 dan ura-ura tentang kesihatannya menjadi spekulasi selama bertahun-tahun.
Topic Berkaitan
#Twitter
#Media
#Iran
#kesihatan
#Ayatollah Ali Khamenei
#Pemimpin Agung
#Tehran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan