awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Depot minyak Rusia terbakar akibat serangan udara tentera Ukraine

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2022
00:30 MYT
Depot minyak Rusia terbakar akibat serangan udara tentera Ukraine
Sebuah depot minyak terbakar akibat serangan udara dua buah helikopter tentera Ukraine di Belgorod, Rusia pada Jumaat. - Foto socialmedia/east2westnews
MOSCOW: Sebuah depot minyak terbakar pada Jumaat di bandar Belgorod, Rusia berhampiran sempadan dengan Ukraine, kata Gabenor Belgorod, Vyacheslav Gladkov.
Gladkov berkata, kebakaran depot minyak itu disebabkan oleh serangan udara yang dilakukan oleh dua buah helikopter tentera Ukraine.
"Kebakaran di depot minyak berlaku akibat serangan udara dari dua buah helikopter angkatan tentera Ukraine yang memasuki wilayah Rusia pada ketinggian rendah," menurut kenyataan Gladkov dalam saluran Telegramnya.
Dua pekerja depot minyak itu dilaporkan cedera.
Perkhidmatan kecemasan berusaha menangani kebakaran tersebut dengan penduduk di kawasan berhampiran telah dipindahkan ke tempat yang selamat.
Menurut Kementerian Situasi Kecemasan Rusia, lapan tangki bahan api di depot itu terbakar akibat serangan tersebut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#depot minyak
#serangan
#helikopter
#tentera ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan