awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
Indonesia tarik balik sekatan, Grok dibenar beroperasi semula selepas jaminan X
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2025
01:45 MYT
Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Mereka dipercayai mendera mangsa sejak dia berusia 6 tahun. - Foto Sinar Harian/Agensi
JAKARTA: Pasangan suami isteri dari Pasuruan, Jawa Timur ditahan polis kerana dipercayai membunuh anak mereka yang berusia 7 tahun baru-baru ini.
Kejadian berlaku di rumah sewa mereka yang terletak di Kelurahan Kiduldalem, Kecamatan Bangil, Kabupaten Pasuruan.
Suspek Syahrul Abidun,19, warga Bugulkidul dan isteri Martha Widya Ningsih, 24, warga Bandar Lampung, sementara mangsa MDAF, 7, murid kelas 1 Sekolah Dasar, meninggal dunia di rumah sakit selepas didera oleh pasangan tersebut.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Balai Polis Pasuruan, AKP Achmad Doni Meidianto berkata, suspek iaitu ibu kandung dan ayah tiri mangsa sering melakukan penderaan berulang kali terhadap mangsa.
"Mereka memukul, mencakar hingga menyumbat puntung rokok ke mulut dan badan mangsa, katanya kepada wartawan pada Isnin.
Achmad Doni mengatakan mangsa dilaporkan mengadu sakit di bahagian dada pada Jumaat lalu.
Susulan itu, suspek, Syahrul memberi mangsa minuman yang bercampur minyak kayu putih hingga mangsa batuk teruk hingga mengeluarkan darah.
"Mangsa sempat dirawat di pusat kesihatan Bangil sebelum dirujuk ke hospital besar Bangil tapi sayangnya mangsa meninggal dunia pada Sabtu lalu," katanya.
Katanya, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul selain terdapat beberapa kesan luka pada tubuh mangsa.
Dalam pada itu, katanya hasil siasatan terhadap suspek, mereka mengakui bahawa motif pembunuhan dipercayai kerana mangsa sering meminta wang.
"Penderaan dilakukan sejak mangsa berusia 6 tahun lagi, gara-gara dia sering meminta wang sekitar 3 hingga 5 ribu Rupiah (sekitar RM0.90 sehingga RM1.50 )," katanya.
Kedua-dua suspek kini terancam hukuman 15 tahun penjara. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#dera anak
#bunuh
#ibu kandung
#pukul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan