awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Derita Ghouta lebih buruk dari Aleppo, semua bantuan kemanusiaan disekat - PBB

Agensi
Agensi
08/03/2018
23:41 MYT
Derita Ghouta lebih buruk dari Aleppo, semua bantuan kemanusiaan disekat - PBB
Situasi di timur Ghouta adalah lebih buruk berbanding kemusnahan yang dialami Aleppo sebelum ini - PBB
"Adalah mustahil untuk melintasi garisan hadapan yang dikuasai pihak bertelagah bagi membawa masuk bantuan kemanusiaan."
Demikian menurut Setiausaha Agung Majlis Pelarian Norway Jan Egeland yang turut berkata peningkatan ketegangan di Syria terutama wilayah Damsyik adalah yang terburuk sejak konflik di negara itu bermula pada 2014.
Justeru Egeland merayu negara-negara bertelagah seperti Rejim Bashar Al Assad, Rusia, Iran, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Qatar dan Turki agar menghentikan seketika persengketaan dan memberikan ruang kepada misi bantuan kemanusiaan.
"Oleh itu, rayuan kami sekarang sangat konkrit kepada kerajaan Syria dan rakan-rakannya seperti Rusia dan Iran, berikan kami pemberhentian permusuhan, beri kami tempoh bertenang yang kami perlukan untuk menyelamatkan nyawa,
"Kami meminta Amerika Syarikat, Arab Saudi, Qatar, Turki dan lain-lain yang mempunyai pengaruh ke atas kumpulan pembangkang bersenjata, juga untuk mendapatkan tempoh bertenang untuk membolehkan konvoi kami masuk, serta membolehkan kami mengatasi kes utama melibatkan perubatan," jelasnya.
Tambah Egeland, situasi di timur Ghouta adalah lebih buruk berbanding kemusnahan yang dialami Aleppo sebelum ini.
"Penduduk terutama wanita dan kanak-kanak di timur Ghouta bukan sahaja dikepung malah diserang hari-hari dengan serangan udara dan darat," tegasnya.
Egeland berkata ketika ini usaha diplomatik sedang digerakkan bersama pentadbiran Syria dan sekutunya serta negara-negara lain yang terlibat dengan kumpulan pembangkang bersenjata bagi membuka laluan selamat untuk misi bantuan kemanusiaan.
Topic Berkaitan
#2014
#Aleppo
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#Iran
#Kanak-kanak
#kerajaan
#PBB
#pelarian
#pembangkang
#perubatan
#Qatar
#Rusia
#serangan
#Syria
#Turki
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan