awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan AS gagal pilih speaker baharu dalam undian pusingan pertama

Bernama
Bernama
18/10/2023
03:30 MYT
Dewan AS gagal pilih speaker baharu dalam undian pusingan pertama
Jordan (tengah) kehilangan sokongan 20 anggota Republikan apabila enam daripadanya mengundi bekas speaker McCarthy dan tujuh lagi mengundi Steve Scalise. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat gagal memilih speaker baharu dalam pusingan pertama pengundian apabila Jim Jordan daripada Republikan gagal memperoleh sokongan yang mencukupi daripada partinya sendiri.
Calon Republikan itu memperoleh 200 daripada 220 undi, manakala calon Demokrat Hakeem Jeffries, menerima 212 undi.
Namun, kedua-duanya gagal mengumpul undi yang diperlukan iaitu 217 undi untuk menjadi Speaker Dewan, lapor Xinhua.
Jordan kehilangan sokongan 20 anggota Republikan apabila enam daripadanya mengundi bekas speaker McCarthy dan tujuh lagi mengundi Steve Scalise yang pernah dicalonkan untuk merebut jawatan itu.
Jordan, pengasas bersama House Freedom Caucus dianggap sebagai tokoh paling kanan dalam parti Republikan dan mendapat sokongan bekas Presiden Donald Trump.
Dewan tidak boleh meneruskan proses perundangan sehingga speaker dipilih dan anggota Parlimen perlu meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sebelum pembiayaan kerajaan habis pada pertengahan November.
Kevin McCarthy disingkir daripada jawatan itu dua minggu lepas, speaker pertama yang disingkirkan menerusi usul dikemukakan perwakilan.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Dewan Perwakilan AS
#undian
#speaker baharu
#Jim Jordan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan