Skip to main content

Malaysia

Polis ambil keterangan enam individu, siasatan gangguan seksual pelakon wanita diteruskan

Setakat ini, individu yang telah dirakam percakapan terdiri daripada pengadu, tunang pengadu yang juga pembantu peribadi (PA), suspek, pengarah serta dua saksi yang merupakan jurukamera.
Setakat ini, individu yang telah dirakam percakapan terdiri daripada pengadu, tunang pengadu yang juga pembantu peribadi (PA), suspek, pengarah serta dua saksi yang merupakan jurukamera.

Ringkasan AI

  • Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan dakwaan gangguan seksual melibatkan pelakon wanita dan lelaki ketika penggambaran drama.
  • Individu yang dirakam percakapan termasuk pengadu, tunang pengadu, suspek, pengarah dan dua jurukamera sebagai saksi.
  • Rakaman percakapan kru penggambaran lain akan dilakukan secara berperingkat dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang pelakon wanita menjadi mangsa gangguan seksual oleh pelakon lelaki ketika sesi penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Sazalee Adam berkata setakat ini, individu yang telah dirakam percakapan terdiri daripada pengadu, tunang pengadu yang juga pembantu peribadi (PA), suspek, pengarah serta dua saksi yang merupakan jurukamera.

“Rakaman percakapan sekurang-kurangnya 25 individu yang terdiri daripada kru penggambaran akan diambil secara berperingkat, mengikut kesesuaian masa memandangkan mereka kini telah bertugas dengan produksi yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata siasatan masih diteruskan dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Sebelum ini, tular melalui media sosial pelakon wanita terbabit yang mendakwa berlaku gangguan seksual ketika sesi penggambaran sebuah drama.

Advertisement

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement