TENTERA Amerika Syarikat meninggalkan Pangkalan Udara Bagram secara diam-diam pada Isnin (5 Julai) tanpa memberi notis kepada Afghanistan.
Bagram merupakan pangkalan udara utama Amerika Syarikat di Afghanistan selama 20 tahun.
Komander baharu di pangkalan udara Bagram, Jeneral Asadullah Kohistani memberitahu, tentera Amerika meninggalkan Bagram sebelum jam 5 pagi waktu tempatan.
Katanya, tentera Afghanistan hanya mengetahui perkara itu beberapa jam kemudian.
Menurut Kohistani, dengan ketiadaan tentera Amerika, pasukan Afghanistan menjangkakan Taliban akan menyerang Bagram pada bila-bila masa.
Selain menjadi pangkalan udara, Bagram juga menempatkan penjara dengan lebih 5,000 tahanan Taliban sudah dibebaskan dan meninggalkan lokasi itu.
Taliban dikatakan mara dengan pantas di Afghanistan berikutan pengunduran tentera Amerika dari negara itu.
Pada Jumaat, Amerika mengumumkan untuk mengosongkan Bagram, berkuat kuasa selepas kempen di Afghanistan selesai di mana tarikh rasmi pengunduran mereka ialah 11 September sebagaimana diumumkan Presiden Joe Biden.
Pengunduran tentera Amerika Syarikat di Afghanistan kini di tahap 90 peratus selesai.
Sementara itu, Kohistani berkata, tentera Amerika meninggalkan 3.5 juta barangan termasuk berpuluh ribu botol air, minuman tenaga dan makanan segera.
Malah mereka juga meninggalkan beribu-ribu kenderaan awam tetapi tanpa kunci dan beratus-ratus kenderaan berperisai.
Mereka turut mengambil senjata berat dan meletupkan bekalan senjata api tetapi meninggalkan bahan letupan kepada Afghanistan.
Dalam pada itu, Pentagon menafikan mereka meninggalkan Pangkalan Udara Bagram tanpa memberi notis kepada pasukan Afghanistan.
Jurucakap Pentagon John Kirby berkata, terdapat koordinasi di antara pemimpin Afghanistan dan pasukan keselamatan negara berkenaan berhubung rancangan Washington meninggalkan pangkalan udara tersebut.
Astro Awani
Wed Jul 07 2021
Seorang anggota pasukan keselamatan Afghanistan berjalan di pangkalan udara Bagram setelah tentera Amerika meninggalkan kawasan itu, di wilayah Parwan, utara Kabul, Afghanistan, 5 Julai, 2021. (Foto AP)
Sivasangari dinobatkan Atlet Terbaik April oleh The World Games
Ia sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyelia 'ladle crane' maut jatuh dari ketinggian 20 meter
Seorang penyelia maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas ladle crane.
JKDM Kelantan rampas minuman keras RM1.2 juta
JKDM Kelantan merampas 24,500 liter minuman keras yang dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen pengimportan yang sah bernilai RM1.2 juta.
Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.
Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon
Galena yang masuk ke dalam kotak yang ingin dipos ke Amazon tanpa disedari keluarganya, ditemui sihat namun dalam keadaan keliru.
Sempadan Rafah masih dibuka untuk penghantaran bantuan, penumpang, kata sumber Mesir
Sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir masih dibuka untuk laluan penghantaran bantuan kemanusiaan dan penumpang.
Taliban pamer senjata dalam muzium
Bahagian kecil muzium telah diletakkan pelbagai objek perang yang kini menjadi tarikan pengunjung paling ramai.
Nahas pesawat Rusia: 4 daripada 6 penumpang ditemukan selamat - Taliban
Seramai empat daripada enam penumpang ditemukan masih hidup selepas sebuah pesawat Rusia terhempas di wilayah Badakhshan di Afghanistan.
Kazakhstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi diharamkan
Taliban yang berdepansekatan PBB kerana keganasan tidak lagi dianggap sebagai organisasi yang diharamkan di Kazakhstan.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
PBB desak Taliban berhenti seksa, lindungi hak tahanan
Misi diplomatik PBB di Afghanistan telah mendokumentasikan lebih daripada 1,600 kes pencabulan hak asasi manusia semasa penangkapan dan penahanan individu selepas itu.
Taliban larang kaum wanita kunjungi taman negara Afghanistan
"Bersiar-siar bukanlah keperluan untuk kaum wanita," kata Menteri Hal Ehwal Kebajikan.
Afghanistan dipimpin Taliban mula ekstrak minyak
Keutamaan akan diberikan bagi menggaji kakitangan teknikal dan bukan teknikal dan pembinaan semula lombong menggunakan hasil Sar-e-Pul.
Taliban larang operasi salun kecantikan di Afghanistan
Taliban larang operasi salun kecantikan di negara itu dan menarik balik lesen yang dikeluarkan sebelum ini.