awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diskriminasi terhadap Islam di Amerika meningkat 9 peratus pada 2021 - Laporan

Bernama
Bernama
26/04/2022
06:04 MYT
Diskriminasi terhadap Islam di Amerika meningkat 9 peratus pada 2021 - Laporan
CAIR menerima 6,720 aduan di seluruh negara membabitkan pelbagai isu antaranya imigresen, diskriminasi perjalanan, penguatkuasaan undang-undang, kebencian dan kebebasan bersuara. - Gambar hiasan/Reuters
WASHINGTON: Diskriminasi terhadap orang Islam di Amerika Syarikat meningkat sembilan peratus pada 2021 berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan kumpulan hak sivil dan advokasi Islam pada Isnin.
Laporan Badan Perhubungan Islam-Amerika (CAIR) mendapati sepanjang tahun lepas pihaknya menerima 6,720 aduan di seluruh negara membabitkan pelbagai isu antaranya imigresen, diskriminasi perjalanan, penguatkuasaan undang-undang, kebencian dan kebebasan bersuara.
"Ini mewakili jumlah kes tertinggi yang pernah dilaporkan kepada CAIR dalam tempoh 27 tahun. Angka ini membimbangkan," kata Pengarah Eksekutif CAIR Nihad Awad pada sidang media.
Awad berkata berdasarkan laporan itu jelas membuktikan "Islamofobia telah menular dalam masyarakat kita." dan "menjadi arus perdana di Amerika".
Awad yakin kerajaan AS boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian bagi membendung Islamofobia.
"Kami menggesa Kongres menerima pakai undang-undang membenarkan pendokumentasian dan laporan terhadap jenayah kebencian dalam pangkalan data FBI.
"Ia sekali gus menjadikan penguatkuasa undang-undang tempatan mengambil serius ancaman Islamofobia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Islamofobia
#Amerika Syarikat
#diskriminasi
#kebencian agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan