awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditahan kerana jam: Ahmed kata tidak untuk kembali sekolah lama

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
19/09/2015
05:21 MYT
Ditahan kerana jam: Ahmed kata tidak untuk kembali sekolah lama
Keluarga Ahmed menegaskan bahawa pelajar berusia 14 tahun itu tidak berminat untuk melanjutkan pendidikannya di sekolah MacArthur, dan akan mendaftar masuk ke sekolah baru.
Selepas beberapa hari insiden seorang remaja Islam, Ahmed Mohamed ditahan di Amerika Syarikat gara-gara jam buatan sendiri yang disangka bom, sekolahnya MacArthur High School di Irving, Texas menjemput kembali pelajar tersebut untuk melanjutkan pengajiannya di sekolah mereka.
Menurut laporan portal Huffington Post, seorang jurucakap sekolah itu dipetik berkata, pihak sekolahnya akan bertanggungjawab dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada Ahmed.
“Kami yakin bahawa pihak sekolah akan terus memberi didikan yang cemerlang kepada Ahmed.”
Bagaimanapun, keluarga Ahmed menegaskan bahawa pelajar berusia 14 tahun itu tidak berminat untuk melanjutkan pendidikannya di sekolah berkenaan walaupun penggantungan tiga hari berakhir pada hari Jumaat.
Menurut CNN, keluarga remaja itu menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan sekolah-sekolah lain, termasuk di luar Amerika Syarikat.
FOTO: Ahmed Mohamed ditangkap gara-gara jam disangka bom
Menurut bapanya, Mohammed Elhassan Mohamed, keluarganya masih dalam perbincangan berkenaan pilihan sekolah baru.
Difahamkan, Ahmed akan didaftar di sebuah sekolah swasta ataupun akan mengikuti sesi pembelajaran di rumah (home-schooling).
Pada Khamis lepas, Ahmed ditahan selepas seorang guru melihat jam rekaannya sebagai satu ancaman bom di sekolah MacArthur High School.
Susulan itu, media sosial dibanjiri dengan sokongan menerusi hashtag #IStandwithAhmed.
Topic Berkaitan
#Ahmed Mohammed
#ditahan
#jam
#Texas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan