NEW YORK: Hakim Mahkamah New York, Arthur Engoron menjatuhkan hukuman denda sebanyak AS$355 juta (RM1.7 bilion) pada Jumaat ke atas Donald Trump kerana menipu nilai hartanahnya.
Ia merupakan denda terbesar yang dikenakan oleh mahkamah berbanding bulan lalu apabila mahkamah mengarahkan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu membayar AS$83 juta (RM397 juta) sebagai pampasan kepada penulis E Jean Carroll yang diserang secara seksual dan difitnah.
Perintah sivil itu disifatkan jauh melebihi ganti rugi fitnah yang dituntut Carroll iatu lebih AS$10 juta (RM47.8 juta).
Engoron mendapati Trump bertanggungjawab atas penipuan, konspirasi, mengeluarkan penyata kewangan palsu dan memalsukan rekod perniagaan, menghalangnya daripada berkhidmat sebagai pengarah sebuah syarikat di New York selama tiga tahun.
Sementara hakim menarik diri daripada cuba membubarkan Organisasi Trump, Engoron mengeluarkan penghujahan setebal 93 muka surat yang menggambarkan bekas Presiden itu sebagai tidak menyesal dan berkemungkinan besar untuk melakukan penipuan lagi.
"Mahkamah ini mendapati bahawa defendan berkemungkinan meneruskan cara penipuan mereka melainkan mahkamah memberikan pelepasan injunksi yang ketara," tulis Engoron.
Dalam reaksi segeranya, Trump mengecam keputusan hakim yang mengarahkan beliau dan syarikatnya membayar hampir AS$355 juta dalam kes penipuan sivil New York dan terus mendakwa, tanpa bukti selain mendakwa beliau menjadi sasaran politik kerana bertanding jawatan Presiden pada pilihan raya akan datang. - Agensi
Agensi
Fri Feb 16 2024
Hakim Mahkamah New York, Arthur Engoron menjatuhkan hukuman denda sebanyak AS$355 juta (RM1.7 bilion) pada Jumaat ke atas Donald Trump kerana menipu nilai hartanahnya. - Gambar fail REUTERS
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
7 juri dipilih dalam bicara kes wang sogok yang dihadapi Trump
Tujuh juri dipilih dalam perbicaraan kes wang sogok Donald Trump di New York, perbicaraan jenayah pertama terhadap bekas presiden Amerika Syarikat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan skandal Donald Trump - bintang porno bermula
Donald Trump menjadi bekas Presiden Amerika Syarikat pertama yang menghadapi perbicaraan kes jenayah.
Bicara kes bayaran tutup mulut yang dihadapi Trump bermula dengan pemilihan juri
Donald Trump akan menjadi bekas presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang dibicarakan atas tuduhan jenayah.
Trump gagal tangguh, perbicaraan tetap berlangsung 15 April ini
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.