Donald Trump dijadual bertemu Zohran Mamdani di White House esok

Trump mengesahkan pertemuan rasmi dengan Mamdani (foto), di White House pada 21 November. -Foto fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan beliau akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Bandar baharu New York City, Zohran Mamdani, di White House pada Jumaat, 21 November.
Ringkasan AI
- Pertemuan rasmi antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan Datuk Bandar baharu New York City, Zohran Mamdani, dijadualkan berlangsung di White House pada Jumaat, 21 November.
- Trump sebelum ini menyokong pencabar Mamdani, Andrew Cuomo, dan mengkritik dasar serta pendekatan Mamdani, namun kini bersetuju untuk bertemu dengan Mamdani bagi membincangkan isu kos sara hidup dan dasar imigresen yang penting bagi warga New York.
- Pertemuan ini dijangka membincangkan pelbagai isu dasar termasuk hubungan persekutuan, pentadbiran bandar, serta kemungkinan kerjasama antara kerajaan pusat dan pentadbiran baharu New York.
Trump sebelum ini secara terbuka menyokong pencabar Mamdani, bekas Gabenor New York Andrew Cuomo, dan mengkritik dasar serta pendekatan Mamdani dalam beberapa kenyataan awam.
Mamdani pula dilaporkan menghubungi pihak White House bagi memenuhi komitmen kempen beliau untuk menangani isu kos sara hidup dan dasar imigresen yang menjadi perhatian warga New York.
"Datuk Bandar Komunis New York City, Zohran 'Kwame' Mamdani, minta untuk mengadakan pertemuan.
"Kami bersetuju bahawa pertemuan akan berlangsung di Pejabat Oval pada Jumaat, 21 November. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian!" kata Trump dalam kenyataan ringkas di Truth Social.
Pertemuan ini dijangka membincangkan pelbagai isu dasar termasuk hubungan persekutuan dan pentadbiran bandar, serta kemungkinan kerjasama antara kerajaan pusat dan pentadbiran baharu New York.
Mamdani, yang lahir di Uganda dan berhijrah ke New York pada usia tujuh tahun, mula dikenali sebagai kaunselor perumahan sebelum menewaskan penyandang lima penggal dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri New York pada 2021.
Ahli Dewan Undangan Negeri New York itu mencatat kejutan besar apabila menewaskan bekas Gabenor Andrew Cuomo dalam pemilihan utama Demokrat dan seterusnya memenangi jawatan Datuk Bandar New York pada 4 November 2025 dengan kempen berpaksikan kebajikan rakyat.
Beliau dijangka mula berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York pada 1 Januari 2026.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tarikh pertemuan rasmi antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan Datuk Bandar baharu New York City, Zohran Mamdani? A: Pertemuan dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 21 November di White House.
- Q: Mengapakah Presiden Trump mengkritik dasar dan pendekatan Zohran Mamdani sebelum ini? A: Trump mengkritik Mamdani kerana Mamdani berfahaman demokratik sosialis yang berbeza daripada pandangan beliau.
- Q: Apakah isu utama yang dijangka dibincangkan dalam pertemuan antara Trump dan Mamdani? A: Pertemuan dijangka membincangkan isu dasar termasuk hubungan persekutuan, pentadbiran bandar, dan kemungkinan kerjasama antara kerajaan pusat dan pentadbiran baharu New York.
- Q: Bagaimanakah latar belakang Zohran Mamdani sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar New York? A: Mamdani mula dikenali sebagai kaunselor perumahan, kemudian menewaskan penyandang lima penggal dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri New York sebelum memenangi jawatan Datuk Bandar New York pada 4 November 2025.
- Q: Apabila Zohran Mamdani dijangka mula berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York? A: Beliau dijangka mula berkhidmat pada 1 Januari 2026.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

