Skip to main content

Dunia

DR Congo catat lebih 5,000 kes Ebola, 2,320 kematian

TB_CONGO EBOLA_AP
Wabak berkenaan kini merupakan yang paling membawa maut dalam sejarah DRC dan paling cepat merebak pernah direkodkan. - Foto fail/AP
Advertisement

KINSHASA: Jumlah kes Ebola yang disahkan di Republik Demokratik Congo (DRC) melepasi 5,000 dengan lebih 2,320 kematian, ketika Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) memberi amaran wabak itu berisiko menjadi epidemik Ebola paling membawa maut pernah direkodkan di dunia jika penularannya tidak segera dibendung, lapor Xinhua.

Africa CDC dalam satu kenyataan pada Isnin berkata perkembangan wabak yang disebabkan oleh virus Ebola Bundibugyo itu telah “melangkaui jangkaan paling buruk kami”, tiga bulan selepas ia diisytiharkan.

Setakat Isnin, lebih 5,000 kes disahkan dan lebih 2,320 kematian dilaporkan di enam wilayah, iaitu Ituri, Kivu Utara, Kivu Selatan, Haut-Uele, Bas-Uele dan Tshopo.

Menurut agensi itu, wabak berkenaan kini merupakan yang paling membawa maut dalam sejarah DRC dan paling cepat merebak pernah direkodkan, dengan kadar kematian kes menghampiri 50 peratus.

“Wabak itu kini meragut kira-kira satu nyawa setiap 30 minit,” menurut Africa CDC.

Agensi itu turut merujuk pengalaman Uganda yang mengisytiharkan berakhirnya wabak Ebola Bundibugyo pada 28 Julai, sambil berkata keadaan itu membuktikan virus berkenaan boleh dibendung jika langkah kesihatan awam yang terbukti berkesan dilaksanakan dengan pantas dan menyeluruh serta melibatkan komuniti sebagai teras tindak balas.

DRC mengisytiharkan wabak Ebola semasa pada 15 Mei.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement