awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut dan ramai terperangkap dalam runtuhan bangunan di Mumbai

AFP
AFP
21/06/2013
05:06 MYT
Dua maut dan ramai terperangkap dalam runtuhan bangunan di Mumbai
Sebuah bangunan kediaman tiga tingkat di pinggir Mumbai runtuh, menyebabkan dua orang kanak-kanak terkorban dan ramai terperangkap, dalam kejadian ketiga bulan ini, menurut pegawai.
“Terdapat dua orang terkorban, seorang merupakan bayi perempuan berusia dua bulan dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. Terdapat ramai yang terperangkap dan usaha menyelamat giat dijalankan,” kata Sandeep Malvi, jurucakap bagi perbadanan pembandaran Thane.
Punca berlaku runtuhan bangunan yang dibina tahun 1979 ini masih belum diketahui.
Seorang pegawai polis dari bilik kawalan Thane berkata 12 orang yang cedera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Kemungkinan terdapat lima orang lagi yang terperangkap di dalam.”
Kejadian tersebut berlaku di daerah Thane, yang terletak lebih kurang 35 kilometer (20 batu) dari Mumbai, berdekatan dengan tempat sebuah apartment yang runtuh pada April yang mengorbankan 74 orang.
Dua pembangun dan tujuh orang lagi ditahan yang mempunyai hubungan dengan kejadian ini, dimana kebanyakan mangsa merupakan mereka yang berada dalam golongan berpendapatan sederhana, tinggal bersama keluarga dalam bangunan yang separa siap.
Ia merupakan runtuhan bangunan yang paling dasyat sejak tahun 2010, apabila 69 orang terkorban dalam kejadian yang sama di New Delhi.
Pada minggu lepas, bangunan lima tingkat di Mumbai telah mengorbankan 10 orang.
Runtuh bangunan telah menekankan piawaian pembinaan yang tidak memuaskan yang berleluasa di India, dimana permintaan tinggi kepada perumahan dan rasuah berleluasa sering mengakibatkan kos dan kekurangan pemeriksaan keselamatan.
Topic Berkaitan
#bangunan runtuh
#Mumbai
#terkorban
#terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan