INTERNATIONAL
Dua maut, enam cedera dalam insiden tembakan di Florida State University, Amerika

Anggota pasukan keselamatan mengawal keselamatan di persekitaran Florida State University susulan kejadian tembakan yang menyebabkan dua orang maut dan enam lagi cedera, pada Khamis. - Gambar Reuters
TALLAHASSEE, FLORIDA: Dua orang disahkan maut sementara enam lagi cedera dalam insiden tembakan di Florida State University (FSU), di sini, pada Khamis.
Dalam serangan tersebut, suspek, Phoenix Ikner berusia 20 tahun yang juga pelajar FSU dan anak kepada Timbalan Sheriff Leon County dilaporkan telah menggunakan pistol yang digunakan ibunya.
Kejadian berlaku sekitar jam 11.50 pagi waktu tempatan berhampiran bangunan Student Union.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, mangsa yang terkorban bukan pelajar universiti tersebut.Polis bertindak pantas dan berjaya menahan Ikner selepas suspek enggan mematuhi arahan.
Dia kini dirawat di hospital tempatan.
Serentak itu, pentadbiran universiti telah membatalkan semua kelas dan acara sehingga hari ini (Jumaat) dan menasihatkan pelajar untuk kekal berada di dalam bangunan.
Motif serangan kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Dalam perkembangan sama, Presiden AS, Donald Trump dan Gabenor Florida, Ron DeSantis mengucapkan takziah kepada komuniti FSU. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami