awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelajar di Hong Kong dijangkiti varian baharu COVID-19 UK

Agensi
Agensi
23/12/2020
15:03 MYT
Dua pelajar di Hong Kong dijangkiti varian baharu COVID-19 UK
Varian baharu COVID-19 yang mula dikesan di United Kingdom (UK), kini turut dikesan di Hong Kong pada Rabu. - Gambar fail/REUTERS
HONG KONG:Varian baharu COVID-19 yang mula dikesan di United Kingdom (UK), kini turut dikesan di Hong Kong pada Rabu.
Menurut Jabatan Kesihatan Hong Kong, mutasi virus yang menyebabkan tahap jangkitan jauh lebih tinggi itu dikesan menjangkiti dua pelajar yang telah pulang ke negara itu dari UK pada Disember.
“Sampel virus pada dua pelajar itu yang kembali ke Hong Kong adalah sama dengan sampel varian virus di UK,” kata ketua penyakit berjangkit di agensi Jabatan Kesihatan, Dr Chuand Shuk-kwan, yang turut berkata analisis lebih terperinci diperlukan untuk mengesahkan perkara itu.
Pada Selasa, pihak berkuasa Hong Kong telah melarang penerbangan dari UK, menjadikan ia negara pertama untuk bertindak sebegitu dalam usaha mengawal penularan varian baharu koronavirus tersebut.
Sejak bulan Nov, hab kewangan Asia itu telah dilanda gelombang baharu yang menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan penutupan premis dan restoran sehingga jam 6 petang, selain menutup gim dan salon kecantikan.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#pelajar
#COVID-19
#United Kingdom
#koronavirus
#Mutasi
#varian baharu
#UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan