22 negara telah mengutus surat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan untuk membidas layanan kerajaan China terhadap masyarakat Islam etnik Uighur di Xinjiang.
Kebanyakannya merangkumi negara-negara Barat seperti Australia, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Switzerland dan hanya sebuah negara dari Asia, Jepun.
Sementara itu, 37 negara lain termasuk Arab Saudi dan Rusia pula menulis kenyataan menyokong penguatkuasaan undang-undang di Xinjiang, berdasarkan laporan Reuters pada Jumaat.
Pakar-pakar PBB dan kumpulan aktivis mendakwa sekurang-kurangnya sejuta golongan etnik Uighur serta kumpulan minoriti Islam lain ditahan secara paksa dalam kem tahanan di sekitar rantau belah Barat negara itu.
Sehingga kini, kerajaan China menegaskan bahawa kem-kem tersebut hanya bertujuan untuk menghapuskan ekstremisme dan ‘mendidik’ masyarakat berkenaan.
Surat yang mengkritik dasar tersebut ditujukan kepada pegawai tertinggi Majlis Hak Asasi Manusia PBB, termasuk Presiden Coly Seck dan Pesuruhjaya Tinggi Michelle Bachelet.
Usaha oleh 22 negara itu merupakan langkah pertama yang diambil secara kolektif untuk membidas layanan masyarakat Uighur di China.
“Surat itu bukan sahaja penting buat penduduk Xinjiang tetapi ia turut penting buat masyarakat sedunia yang bergantung kepada badan hak asasi PBB untuk memastikan mana-mana kuasa dunia boleh dipertanggungjawabkan,” kata pertubuhan antarabangsa hak asasi Human Rights Watch dalam satu kenyataan.
Wakil-wakil PBB dari 22 negara terbabit menerusi surat itu menuntut agar China menghentikan tindakan untuk menahan sewenang-wenangnya sekaligus membebaskan masyarakat etnik Uighur serta kumpulan minoriti beragama Islam lain di Xinjiang.
“Kami menyeru kepada kerajaan China untuk menegakkan undang-undang negara serta kewajipan antarabangsa dan menghormati hak asasi manusia dan kebebasan asas, termasuk kebebasan agama dan kepercayaan di Xinjiang dan di seluruh China,” ujar surat tersebut.
Namun, surat oleh 37 negara yang menyokong pendekatan kerajaan China di Xinjiang pula mendakwa ia adalah satu ‘kejayaan’ dalam menegakkan hak asasi manusia.
“Berdepan dengan cabaran keganasan dan ekstremisme, China telah mengambil langkah menghapuskan unsur radikal di Xinjiang, termasuk menubuhkan pusat pendidikan vokasional,” tegas 37 negara itu dalam surat terbabit.
Antara negara yang menyokong penubuhan kem berkenaan menerusi surat itu adalah Korea Utara, Venezuela, Cuba, Belarus, Myanmar, Filipina, Syria, Pakistan, Oman, Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain.
Pada 21 Jun lalu, Presiden Pertubuhan Islam Xinjiang, Abudurekefu Tumuniyazi pada satu sidang media di Malaysia mendakwa bahawa layanan buruk terhadap etnik Muslim Uighur di China hanya khabar angin yang disebarkan oleh negara lain yang cemburu dengan pertumbuhan pesat ekonomi negara itu.
Namun, PBB mendakwa masyarakat Uighur berada bawah pengawalan ketat kerajaannya.
Agensi
Sat Jul 13 2019
Etnik Uighur berduduk di hadapan patung Mao Zedong di Kashgar, Xinjiang, China pada 23 Mac 2017. Foto - REUTERS.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.