Skip to main content

Dunia

Dunia hari ini ‘seakan‑akan kasino’ - Donald Trump

Trump menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan trend pertaruhan melibatkan peristiwa geopolitik, sambil menyifatkan dunia ketika ini “seakan‑akan sebuah kasino.” - Gambar Reuters
Trump menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan trend pertaruhan melibatkan peristiwa geopolitik, sambil menyifatkan dunia ketika ini “seakan‑akan sebuah kasino.” - Gambar Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Khamis menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan trend pertaruhan melibatkan peristiwa geopolitik, sambil menyifatkan dunia ketika ini “seakan‑akan sebuah kasino.”

Mengulas laporan mengenai seorang anggota pasukan khas AS yang ditahan kerana didakwa membuat pertaruhan berhubung penangkapan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, Trump mendakwa, beliau tidak mengetahui perincian kes itu dan akan meneliti perkara berkenaan.

“Itu seperti Pete Rose bertaruh ke atas pasukannya sendiri,” kata Trump, merujuk kepada bekas pemain besbol terkenal yang diharamkan daripada liga utama akibat kegiatan perjudian.

Advertisement

Apabila ditanya sama ada beliau bimbang mengenai aktiviti pertaruhan yang dikaitkan dengan perang di Iran, Trump berkata, isu itu bukan terhad kepada satu negara, sebaliknya bersifat global.

“Saya rasa seluruh dunia, malangnya, kini sudah menjadi seperti sebuah kasino,” katanya, sambil menegaskan aktiviti pertaruhan sedemikian berlaku “di seluruh dunia, di setiap tempat yang menjalankan aktiviti pertaruhan.”

Advertisement

Trump mengakhiri kenyataannya dengan menegaskan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan fenomena tersebut.

“Secara peribadi, saya tidak gembira dengan perkara ini,” katanya. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement