awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dunia terima banyak manfaat hasil pemulihan ekonomi China - IMF

Bernama
Bernama
27/03/2023
20:45 MYT
Dunia terima banyak manfaat hasil pemulihan ekonomi China - IMF
Pemulihan ekonomi China membawa sumbangan besar terhadap ekonomi global, kata Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva pada Ahad. - Gambar fail/REUTERS
BEIJING: Pemulihan ekonomi China membawa sumbangan besar terhadap ekonomi global, kata Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva pada Ahad.
Menurut beliau, meskipun jangkaan keadaan ekonomi global menjadi lemah, namun IMF menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China bagi 2023 kepada paras 5.2 peratus didorong pemulihan yang kuat dan mampan selepas pelarasan dasar COVID-19.
"Ekonomi China yang kian pulih diyakini mampu menyumbang satu pertiga daripada pertumbuhan global pada 2023 dan ia merupakan dorongan yang kuat buat situasi dunia.
"Kami (IMF) mengunjurkan setiap satu mata peratusan pertambahan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China akan memacu 0.3 mata peratusan pertumbuhan entiti ekonomi Asia yang lain," kata beliau ketika berucap pada Forum Pembangunan China 2023.
Kristalina turut menghargai peralihan pertumbuhan ekonomi China yang dipacu perbelanjaan daripada pelaburan sebagai lebih mapan, tidak bergantung kepada hutang dan lebih sesuai untuk menangani cabaran iklim.
Dalam pada itu, ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Zheng Shanjie menyatakan pihaknya akan terus melahirkan idea kreatif melalui tindakan yang inovatif serta menambah baik kawalan makro.
"Selain permintaan domestik terus dipertingkat, koordinasi dasar membabitkan kewangan, perindustrian, pelaburan, perbelanjaan dan lain-lain akan giat dilaksana ke arah pembangunan berkualiti," kata beliau. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#IMF
#pemulihan ekonomi
#Kristalina Georgieva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan