BANGKOK: Duta Besar Palestin ke Malaysia yang juga bertanggungjawab untuk Thailand, Walid Abu Ali memberi jaminan sokongan penuh dalam memastikan pembebasan rakyat Thailand yang masih ditahan di Gaza.
Kementerian Luar Thailand berkata perkara itu disampaikan semasa kunjungan hormat Walid ke atas Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Menteri Luar Parnpree Bahiddha-nukara di Bangkok pada Jumaat.
Dalam pertemuan itu, Parnpree dan Walid membincangkan situasi di Asia Barat.
"Timbalan perdana menteri dan menteri luar mengulangi permintaan Thailand untuk mendapatkan bantuan daripada pihak Palestin demi memastikan pembebasan rakyat Thailand yang masih ditahan dan Duta Besar Palestin memberi jaminan sokongan penuh mengenai perkara ini," katanya dalam satu kenyataan.
Lapan lagi warga Thai dipercayai masih berada di Gaza sebagai tebusan sejak konflik Hamas-Israel tercetus Oktober lepas.
Kementerian Luar berkata lawatan Walid itu bertujuan untuk meningkatkan hubungan dua hala.
"Kedua-dua pihak berpuas hati dengan hubungan Thailand-Palestin yang telah menjangkau lebih 12 tahun serta menyuarakan kesediaan mereka untuk mempromosikan hubungan dua hala dalam bidang berpotensi yang menjadi kepentingan bersama, khususnya mempromosikan produk pelancongan dan perdagangan," katanya.
Parnpree menekankan komitmen Thailand dalam mengukuhkan kerjasama bagi keselamatan dan kelestarian Palestin, menurut kenyataan itu.
"Thailand secara konsisten memberi sumbangan kewangan kepada Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sejak 1978 dan baru-baru ini menyalurkan US$80,000 sebagai tindak balas kepada rayuan UNRWA susulan situasi kemanusiaan di Gaza," katanya.
Thailand dan Palestin menjalinkan hubungan diplomatik pada 1 Ogos 2012.
Thailand and Palestine established diplomatic relations on August 1, 2012.
Kedutaan Diraja Thai di Amman, Jordan telah ditugaskan mengendalikan hal ehwal diplomatik dengan Palestin, manakala pihak Palestin pula menugaskan kedutaannya di Malaysia untuk mengendalikan hal ehwal diplomatik dengan Thailand.
Thailand mengiktiraf Negara Palestin pada 17 Jan 2012.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Perkara itu disampaikan semasa kunjungan Walid ke atas Timbalan PM Thailand yang juga Menteri Luar Parnpree Bahiddha-nukara di Bangkok. - Gambar fail
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Perbicaraan di ICJ: Palestin ucap terima kasih atas sokongan Malaysia
Palestin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan teguh mereka terhadap negara itu semasa sesi pendengaran awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.
Hati-hati produk palsu di pasaran dakwa berasal dari Palestin
Hanya beberapa syarikat di Malaysia yang memperoleh sijil pengesahan pengeskportan daripada pihak Palestin setakat ini.
MyAQSA bakal kemuka bukti kekejaman Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Duta Palestin ke Malaysia melihat tindakan itu sebagai sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk membela nasib rakyat Palestin yang tertindas
Duta Palestin seru rakyat M'sia bantu isu keamanan, keselamatan di Al-Quds
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali menyeru rakyat Malaysia supaya sentiasa memberikan penumpuan kepada isu utama di Palestin iaitu mengembalikan keamanan dan keselamatan di Al-Quds.
Penyelesaian dua negara satu-satunya pilihan buat Palestin meskipun 'masih samar' - Duta
Walid Abu Ali berkata, penyelesaian dua negara adalah satu-satunya pilihan yang boleh dilaksana dalam menamatkan konflik Israel-Palestin.
Derma menerusi NGO Malaysia disasar terus kepada penduduk Palestin, bukan Masjid Al-Aqsa - MyCARE
Semua derma yang dikumpulkan sejak 17 tahun lepas adalah bagi kumpulan penerima yang disasar di Palestin, termasuk yang tinggal berhampiran dengan Masjid Al-Aqsa dan Baitulmuqaddis.
Wisma Putra dapatkan penjelasan duta berhubung isu sumbangan Masjid Al-Aqsa
Satu pertemuan dengan Duta Besar Palestin itu telah diadakan pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu tersebut.