awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi UK menyusut lebih daripada jangkaan pada April

Bernama
Bernama
12/06/2025
14:15 MYT
Ekonomi UK menyusut lebih daripada jangkaan pada April
Ekonomi United Kingdom (UK) mencatatkan penyusutan bulanan terbesar dalam tempoh satu setengah tahun pada April, sekali gus menjadi tamparan kepada Menteri Kewangan Rachel Reeves. - Foto hiasan/REUTERS
LONDON: Ekonomi United Kingdom (UK) mencatatkan penyusutan bulanan terbesar dalam tempoh satu setengah tahun pada April, sekali gus menjadi tamparan kepada Menteri Kewangan Rachel Reeves, lapor PA Media/dpa.
Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) melaporkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK merosot sebanyak 0.3 peratus pada April, berbanding pertumbuhan 0.2 peratus pada bulan sebelumnya dan merupakan penyusutan terbesar sejak Oktober 2023.
Penurunan itu juga lebih buruk daripada jangkaan kebanyakan pakar ekonomi yang meramalkan penguncupan sebanyak 0.1 peratus.
Reeves mengakui angka KDNK terkini itu "jelas mengecewakan" tetapi menegaskan bahawa semakan semula perbelanjaan oleh kerajaan akan membantu merangsang pertumbuhan.
"Misi nombor satu kami adalah untuk mencapai pertumbuhan bagi menambah pendapatan rakyat menerusi pelan perubahan kami, dan walaupun angka ini jelas mengecewakan, saya bertekad untuk merealisasikan misi itu," katanya.
Pengarah statistik ekonomi ONS, Liz McKeown berkata pengeluaran yang merosot dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan menyumbang kepada penyusutan keseluruhan KDNK pada April.
Namun, beliau berkata dalam tempoh tiga bulan sebelumnya secara keseluruhan, KDNK masih menunjukkan pertumbuhan, dengan tanda-tanda bahawa sebahagian aktiviti ekonomi telah dibawa ke hadapan ke awal tahun.
"Firma guaman dan hartanah juga menunjukkan prestasi buruk pada April susulan peningkatan mendadak dalam jualan rumah pada Mac apabila pembeli tergesa-gesa melengkapkan urus niaga sebelum perubahan kepada duti setem dikuatkuasakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi UK
#United Kingdom
#menyusut
#Rachel Reeves
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan