awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Emirates umum bonus 6 bulan kepada kakitangan - Laporan

Agensi
Agensi
12/05/2023
23:30 MYT
Emirates umum bonus 6 bulan kepada kakitangan - Laporan
Lebih 100,000 pekerja Emirates akan mendapat bonus sebanyak 24 minggu atau enam bulan berikutan keuntungan tertinggi yang pernah direkodkan syarikat penerbangan antarabangsa itu iaitu sebanyak AS$3 bilion. - Gambar Facebook
DUBAI: Lebih 100,000 pekerja Emirates akan mendapat bonus sebanyak 24 minggu atau enam bulan berikutan keuntungan tertinggi yang pernah direkodkan syarikat penerbangan antarabangsa itu iaitu sebanyak AS$3 bilion.
Laman web Arabian Business melaporkan, syarikat yang berpengkalan di Dubai itu telah mengumumkan pencapaian luar biasa dengan keuntungan tahunan mencapai AS$3 bilion dalam Laporan Tahunan Kumpulan Emirates untuk tempoh 2022-23.
Pencapaian itu juga sekali gus menandakan perubahan sepenuhnya syarikat itu daripada kerugian pada tahun sebelumnya.
Sementara itu, portal-portal berita antarabangsa melaporkan, kesemua kakitangan Emirates dimaklumkan mengenai pembayaran bonus itu menerusi e-mel yang ditandatangan pengerusi kumpulan, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum.
Pengurusan Emirates, bagaimanapun, enggan memberikan komen mengenai perkara ini.
Namun begitu, beberapa kakitangan syarikat itu mengesahkan kepada portal Khaleej Times yang mereka telah menerima e-mel berhubung insentif tersebut.
Dalam e-mel tersebut, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum, Pengerusi dan Ketua Eksekutif, Emirates Airline dan Kumpulan, menulis mengenai prestasi spektakular yang ditunjukkan oleh syarikat sebelum memberitahu pekerja bahawa mereka "berhak mendapat bonus selama 24 minggu yang akan dimasukkan ke gaji (bulan) Mei."
Sheikh Ahmed juga memuji kerja kakitangannya sambil memberitahu, prestasi kewangan yang luar biasa itu mencerminkan kekuatan model perniagaan, perancangan masa hadapan yang teliti, kerja keras semua pekerja kami dan perkongsian yang kukuh dalam kalangan ekosistem penerbangan dan perjalanan.
Dalam e-mel itu juga, Sheikh Ahmed menasihatkan kakitangannya agar bijak menguruskan bonus berkenaan mengikut kehendak mereka.
"Labur dengan bijak, jimatkan atau gunakan dengan baik dan nikmatilah hasil kerja keras anda," tulis beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Emirates
#bonus 6 bulan
#syarikat penerbangan antarabangsa
#Emirates untung 3 bilion dolar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan