awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IKM, KKTM, MJII kini dikenali sebagai TVETMARA - Ahmad Zahid
Inkues Zara Qairina: Mahkamah bercadang adakan sesi ‘locus in quo’ di lokasi kejadian minggu depan
Penghantar p-panggilan didakwa menyamun, merogol dan menyamar sebagai polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat penerbangan dilencong akibat kabus di Lapangan Terbang Noi Bai, Hanoi

Bernama
Bernama
27/01/2026
10:11 MYT
Empat penerbangan dilencong akibat kabus di Lapangan Terbang Noi Bai, Hanoi
Jarak penglihatan yang terhad memaksa pihak lapangan terbang melakukan pelarasan operasi penerbangan bagi menjamin keselamatan. - Gambar hiasan
HANOI (Vietnam): Empat penerbangan yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi dilencongkan ke lapangan terbang alternatif pada pagi 27 Jan berikutan kabus tebal dan awan rendah, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Jarak penglihatan yang terhad akibat fenomena itu memaksa pihak lapangan terbang melakukan pelarasan operasi penerbangan bagi menjamin keselamatan.
Setakat 9.30 pagi, operasi ketibaan dan pelepasan telah kembali normal, walaupun empat penerbangan masuk telah dilencongkan ke lokasi lain.
Terdahulu, beberapa penerbangan keluar tidak dapat berlepas buat sementara waktu, manakala beberapa penerbangan masuk diarahkan berpusing di ruang udara sementara kru menunggu keadaan cuaca bertambah baik mengikut piawaian pendaratan yang selamat.
Dengan kabus dan awan rendah dijangka berterusan di Hanoi, Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai menasihatkan penumpang agar sentiasa peka dan memantau maklumat penerbangan melalui paparan terminal serta kemas kini daripada syarikat penerbangan.
Menurut pihak lapangan terbang, kesan sampingan daripada cuaca buruk berkenaan boleh menyebabkan perubahan lanjut kepada operasi penerbangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerbangan dilencong
#kabus
#Hanoi
#lapangan terbang
#Noi Bai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan