awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pengebom dibunuh sebelum sempat laksana misi di barat laut Pakistan

Bernama
Bernama
07/09/2024
16:19 MYT
Empat pengebom dibunuh sebelum sempat laksana misi di barat laut Pakistan
Kejadian berlaku di daerah Mohmand apabila sekumpulan empat pengganas menyerang ibu pejabat separa tentera Kor Perbatasan. - Gambar hiasan
ISLAMABAD: Empat pengebom berani mati terbunuh apabila pasukan keselamatan berjaya menggagalkan serangan mereka ke atas ibu pejabat tentera di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan, menurut kenyataan tentera pada Sabtu, lapor Xinhua.
Kejadian itu berlaku di daerah Mohmand apabila kumpulan yang terdiri daripada empat pengganas menyerang ibu pejabat separa tentera Kor Perbatasan, menurut kenyataan daripada sayap media tentera, Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR).
Percubaan untuk memasuki kem itu berjaya digagalkan oleh anggota pasukan keselamatan, kata ISPR, sambil menambah kesemua empat pengebom berani mati itu berjaya dibunuh sebelum mereka dapat menyebabkan kemusnahan.
Operasi pembersihan sedang dijalankan untuk menghapuskan sebarang pengganas lain yang ditemui di kawasan itu, tambahnya.
Pihak tentera berkata pasukan keselamatan Pakistan bertekad untuk menghapuskan ancaman keganasan di negara Asia Selatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengebom
#Pakistan
#ditembak mati
#Khyber Pakhtunkhwa
#kor perbatasan
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan