awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat warga Indonesia ditahan tangkap ikan tanpa kebenaran

Bernama
Bernama
23/06/2016
09:25 MYT
Empat warga Indonesia ditahan tangkap ikan tanpa kebenaran
Dua bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat demonstrasi selepas penyerahan dua bot yang disumbangkan oleh kerajaan Kanada kepada APMM di pejabat Daerah Maritim 5 Kuala Linggi di Alor Gajah pada 18 Jun. - Gambar fail
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan seorang tekong dan tiga awak-awak warga Indonesia kerana memasuki perairan negara secara haram kira-kira 30 batu nautika dari barat Pulau Pangkor di sini petang semalam.
Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata bot yang dinaiki warga asing berkenaan dikesan oleh kapal Maritim Burau kira-kira 5 petang semasa meronda.
"Siasatan awal mendapati kesemua mereka dan awak-awak berumur 17 hingga 27 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Mereka juga telah memasuki perairan negara secara haram dan disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zulinda berkata kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15 (1) (a) kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan seorang tekong dan tiga awak-awak warga Indonesia kerana memasuki perairan negara secara haram kira-kira 30 batu nautika dari barat Pulau Pangkor di sini petang semalam
#Zulinda Ramly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan