Enam cedera dalam insiden tembakan di Pantai Bondi, dua suspek ditahan

Pantai Bondi, destinasi pelancongan utama di Sydney, kini ditutup kepada orang awam sehingga diberitahu kelak. -FB Travel Guide
SYDNEY: Enam individu cedera dalam insiden tembakan di Pantai Bondi, Sydney, pada petang Ahad, menurut perkhidmatan Ambulans New South Wales (NSW).
Ringkasan AI
- Enam individu cedera dalam insiden tembakan di Pantai Bondi, Sydney, menurut Ambulans New South Wales.
- Sebanyak 25 unit kecemasan dikerahkan ke lokasi, termasuk helikopter dan unit rawatan rapi.
- Perdana Menteri Australia menggambarkan kejadian itu sebagai "mengejutkan dan menyayat hati", sementara polis terus menjalankan operasi keselamatan.
“Anggota kami merawat beberapa mangsa di tempat kejadian yang mengalami kecederaan akibat tembakan,” katanya, namun tidak mengulas lanjut mengenai tahap kecederaan.
Empat mangsa dibawa ke Hospital St Vincent’s, seorang ke Hospital Royal Prince Alfred dan seorang lagi ke Hospital St George.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menyifatkan kejadian sebagai “mengejutkan dan amat menyayat hati”, dan mengesahkan beliau telah berbincang dengan Pesuruhjaya Polis Persekutuan dan Premier NSW.
Polis NSW dalam pada itu mengesahkan dua individu ditahan di lokasi kejadian, namun operasi keselamatan masih diteruskan.
Orang awam diminta mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak melintasi garisan keselamatan.
Rakaman tular menunjukkan dua lelaki berpakaian hitam melepaskan tembakan di atas jambatan berhampiran pantai, dengan sekurang-kurangnya 12 das tembakan kedengaran.
Motif kejadian masih disiasat.
Pantai Bondi, destinasi pelancongan utama di Sydney, kini ditutup kepada orang awam sehingga diberitahu kelak.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah individu yang cedera dalam insiden tembakan di Pantai Bondi, Sydney? A: Enam individu dilaporkan cedera dalam insiden tembakan tersebut.
- Q: Di mana individu cedera di bawa untuk rawatan selepas insiden tembakan di Pantai Bondi? A: Empat mangsa dibawa ke Hospital St Vincent’s, seorang ke Hospital Royal Prince Alfred dan seorang lagi ke Hospital St George.
- Q: Siapakah yang telah mengesahkan kejadian tembakan di Pantai Bondi, Sydney, sebagai "mengejutkan dan menyayat hati"? A: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, mengesahkan kejadian tersebut sebagai "mengejutkan dan menyayat hati" dan telah berbincang dengan Pesuruhjaya Polis Persekutuan dan Premier NSW.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

