awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eropah hadapi ujian keselamatan sekali dalam satu generasi, kata PM UK

Bernama
Bernama
02/03/2025
22:30 MYT
Eropah hadapi ujian keselamatan sekali dalam satu generasi, kata PM UK
Keir Starmer menegaskan komitmen UK untuk terus menyokong Kyiv dalam peperangan berterusan dengan Rusia. - Gambar Reuters
LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer menyifatkan situasi semasa sebagai "satu ketika sekali dalam satu generasi bagi keselamatan Eropah", lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam ucapan pembukaannya pada Sidang Kemuncak Ukraine di London, beliau menegaskan komitmen UK untuk terus menyokong Kyiv dalam peperangan berterusan dengan Rusia.
"Kami semua bersama anda, bersama Ukraine, selama mana yang diperlukan," katanya, sambil menekankan kepentingan solidariti dengan Ukraine dalam tempoh kritikal ini.
Starmer menegaskan, akibat daripada konflik ini bukan sekadar persoalan moral antara benar dan salah, tetapi isu penting bagi keselamatan semua negara Eropah.
"Mendapatkan hasil yang baik untuk Ukraine adalah penting bagi keselamatan setiap negara di sini, dan banyak lagi yang lain," katanya.
Terdahulu, beliau mengadakan perbincangan dengan pemimpin negara Baltik, mengakui kerentanan mereka serta peranan penting mereka dalam perbincangan keselamatan Eropah secara keseluruhan.
Sebagai sebahagian daripada kepimpinannya dalam sidang kemuncak itu, Starmer menyatakan hasratnya untuk merangka pelan komprehensif bagi masa depan Ukraine, yang kemudian akan dibincangkan dengan Amerika Syarikat bagi memastikan pendekatan global yang bersepadu.
"Kami akan mengusahakan pelan untuk Ukraine dan melaksanakannya bersama," katanya.
Perbincangan sidang kemuncak ini akan tertumpu kepada usaha mencapai "keamanan yang adil dan berkekalan" di Ukraine, menurut Starmer.
Beliau turut menegaskan, meskipun Rusia sering mengutarakan retorik mengenai keamanan, tindakan mereka di lapangan - khususnya "pencerobohan berterusan" - membuktikan bahawa sokongan kepada Ukraine mesti diteruskan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Keir Starmer
#United Kingdom
#ujian keselamatan
#eropah
#Ukraine
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan