BRUSSELS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) telah menerima Ukraine dan Moldova sebagai status calon untuk menganggotai blok itu, kata Presiden Majlis Eropah Charles Michel pada Khamis, lapor Xinhua.
"Perjanjian EUCO telah memutuskan mengenai status calon Ukraine dan Moldova. Ia adalah peristiwa bersejarah," kata Michel menerusi ciapannya di Twitter.
EUCO adalah singkatan bagi Majlis Eropah, yang dihadiri pemimpin-pemimpin EU di Brussels.
Ketua negara dan negara anggota EU meluluskan saranan Suruhanjaya Eropah pada sidang kemuncak dua hari mereka di Brussels yang berlangsung pada Khamis hingga Jumaat.
Ukraine memohon keahlian EU sejurus selepas konflik dengan Rusia tercetus pada akhir Februari.
Negara itu menyerahkan permohonannya pada 28 Feb, manakala Moldova dan Georgia memohon keahlian EU pada 3 Mac.
Suruhanjaya Eropah memaklumkan pada awal minggu lalu bahawa permohonan Georgia akan disemak semula.
Negara-negara yang menjadi calon rasmi EU perlu memenuhi syarat penyertaan berdasarkan kriteria EU sebelum menyertai blok itu, termasuk isu berkaitan keadilan, mekanisme antirasuah dan kedaulatan undang-undang.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky memuji keputusan itu dan disifatkan sebagai "detik bersejarah untuk Ukraine-EU," sambil mengucapkan terima kasih kepada pemimpin EU atas sokongan yang diberikan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022
Charles Michel berkata, perjanjian EUCO telah memutuskan mengenai status calon Ukraine dan Moldova. - Sinar Harian
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
EU setuju luaskan sekatan ke atas Iran
Menurut Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell, perkara itu dipersetujui mesyuarat Menteri Luar blok tersebut.
Dunia rekodkan suhu terpanas sejak 1850
Punca utama haba luar biasa adalah pelepasan gas rumah hijau yang disebabkan oleh manusia, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus EU.
Mampukah EU selamatkan hutan dan pastikan pekerjaan di Malaysia terjamin?
Langkah EU melarang sebarang aktiviti import barangan yang dikaitkan dengan penebangan hutan dianggap sebagai standard baharu yang bagus untuk iklim, bagi sesetengah pihak.
Lawatan PM ke Jerman: Awali Ramadan dengan misi pelaburan
Kunjungan ke Jerman merupakan lawatan balas kepada Scholz yang melawat Malaysia pada Februari tahun lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EU denda Apple RM9.2 bilion, salah guna kawalan App Store
Apple melalui terbitan akhbar, menyatakan mereka akan melakukan rayuan terhadap keputusan ini.
Apple akan didenda AS$500 juta oleh EU kerana amalan anti persaingan
Kini menurut laporan Financial Times, EU akan mengenakan denda $500 juta ke atas Apple atas amalan anti persaingan mereka.
Malaysia di landasan tepat untuk dapat pengiktirafan MSPO daripada EU - TPM Fadillah
Malaysia berada di landasan tepat untuk mendapat 'lampu hijau' daripada Kesatuan Eropah (EU) bagi mengiktiraf piawaian Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam masa terdekat.
Peralihan tenaga: Malaysia komited kerjasama dengan EU - Fadillah
Malaysia menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) khususnya dalam pemindahan teknologi untuk peralihan tenaga dan keselamatan air di negara ini.
Malaysia sambut baik cadangan EU anjur persidangan keamanan antarabangsa mengenai konflik Palestin-Israel
Malaysia menyambut baik cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengadakan persidangan keamanan antarabangsa mengenai konflik Palestin-Israel.