INTERNATIONAL
EU gesa Israel batal sekatan di Gaza, benarkan kemasukan bantuan kemanusiaan

EU menekankan bahawa bantuan kemanusiaan mesti disalurkan selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. - Gambar/ Reuters
BRUSSELS: Jurucakap Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Anouar El Anouni, menggesa Israel agar segera menarik balik sekatan ke atas Semenanjung Gaza dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Ringkasan AI
- Jurucakap EU Anouar El Anouni menggesa Israel untuk menarik balik sekatan ke atas Gaza dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan. Beliau menyuarakan kebimbangan serius terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza.
- EU menekankan bahawa bantuan kemanusiaan mesti disalurkan selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Israel telah menyekat kemasukan bantuan sejak 2 Mac, menyebabkan kebanyakan penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan.
- Serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah mengorbankan atau mencederakan lebih 170,000 rakyat Palestin dan memusnahkan sebahagian besar infrastruktur di Gaza. Lebih 11,000 lagi dilaporkan hilang akibat pengeboman berterusan.
Beliau turut menegaskan pendirian EU bahawa penyampaian bantuan kemanusiaan kepada orang awam yang memerlukan mesti dilaksanakan selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Sejak 2 Mac, Israel menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza meskipun majoriti penduduk wilayah itu kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan berkenaan.
Menurut data Bank Dunia, tindakan genosid yang berlarutan sejak 19 bulan lepas telah menyebabkan kebanyakan penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan.
Sejak 7 Oktober 2023, Israel melancarkan serangan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan atau mencederakan lebih 170,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Lebih 11,000 lagi dilaporkan hilang, manakala pengeboman berterusan turut memusnahkan sebahagian besar infrastruktur di wilayah itu.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami