awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU rancang kenakan tarif ke atas import AS bernilai EUR95 bilion jika rundingan gagal

Bernama
Bernama
08/05/2025
15:10 MYT
EU rancang kenakan tarif ke atas import AS bernilai EUR95 bilion jika rundingan gagal
Suruhanjaya Eropah pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas import dari AS bernilai sekitar EUR95 bilion sekiranya rundingan dengan Washington gagal mencapai penyelesaian terhadap konflik perdagangan. - Foto REUTERS
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) bernilai sekitar EUR95 bilion (US$107 bilion) sekiranya rundingan dengan Washington gagal mencapai penyelesaian terhadap konflik perdagangan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Senarai barangan yang disasarkan, yang diterbitkan pada hari sama, merangkumi barangan perindustrian dan pertanian.
"EU tetap komited sepenuhnya untuk mencari penyelesaian melalui rundingan dengan AS," kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen.
"Kami percaya terdapat perjanjian yang baik boleh dicapai demi manfaat pengguna dan perniagaan di kedua-dua belah Atlantik. Dalam masa yang sama, kami terus membuat persediaan bagi sebarang kemungkinan," tambahnya.
Pada April lalu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menangguhkan pengenaan tarif khas ke atas import dari kebanyakan rakan dagang, termasuk EU, selama 90 hari, mendorong blok itu untuk menggantung pelaksanaan tarif balas yang dirancang bagi memberi ruang kepada rundingan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#tarif AS
#import
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan