awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facebook umum kes kehilangan kanak-kanak di News Feed pengguna

Agensi
Agensi
14/01/2015
07:42 MYT
Facebook umum kes kehilangan kanak-kanak di News Feed pengguna
Facebook akan menyemak lokasi pengguna sebelum AMBER Alert dikeluarkan di 'News Feed'.
Laman media sosial terkemuka, Facebook akan menyiarkan amaran tentang kehilangan atau penculikan kanak-kanak di News Feeds pengguna mulai Selasa.
Ciri tersebut, hasil kerjasama dengan sebuah perkhidmatan amaran dikenali sebagai AMBER Alert, buat masa ini hanya tertumpu kepada pengguna di Amerika Syarikat, lapor The Washington Post.
Facebook berkata ia akan meneliti setiap amaran kes kehilangan atau penculikan kanak-kanak sebelum menguar-uarkannya.
Rangkaian media sosial itu akan melihat dahulu maklumat lokasi pengguna untuk menentukan siapa yang dapat melihat amaran tersebut. Mereka kemudian boleh memilih untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan rakan-rakan mereka.
“Kita tidak mahu pengguna yang melihatnya berkata, "Oh, lagi satu kejadian," kerana kita mahu orang menganggap kejadian ini jarang berlaku, dan jika ia berlaku mereka boleh buat sesuatu untuk membantu,” kata Emily Vacher daripada pasukan keselamatan Facebook.
Tambahnya, jika boleh Facebook tidak mahu menggunakan ciri ini, tetapi jika kes sedemikian berlaku, ia boleh menjadi “kawalan kejiranan terbesar dunia.”
Facebook, menurutnya, lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti apabila mengeluarkan sebarang amaran.
Vacher turut berkata, sebelum ini pun, pengguna telah menggunakan Facebook untuk menyiarkan berita kehilangan atau penculikan kanak-kanak.
Dalam pada itu, perkhidmatan yang seakan sama telah dilaksanakan di Malaysia.
Talian Nur 15999 kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan antara perkhidmatan terawal yang mengkhusus kepada bantuan berkaitan penderaan, pengabaian, keganasan rumah tangga, dan skim bantuan kebajikan selain kes kehilangan dan penculikan kanak-kanak.
Dalam perkembangan lain, Facebook akan meletak label amaran grafik pada video yang dimuat naik dan dikongsi.
Laman media sosial itu akan menghalang klip video yang kurang sesuai daripada disiarkan di News Feeds pengguna, terutama dalam kalangan mereka yang berusia bawah 18 tahun.
Facebook telah membenarkan kanak-kanak seawal usia 13 tahun untuk menggunakan rangkaian media sosial itu.
Topic Berkaitan
#Amber Alert
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan