awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena buih putih luar biasa cemari pantai

Sinar Harian
Sinar Harian
19/03/2025
00:45 MYT
Fenomena buih putih luar biasa cemari pantai
Kemunculan buih putih yang mencacatkan pemandangan Pantai Parsons dan Waitpinga. - Foto Sinar Harian/Agensi
MELBOURNE: Dua pantai di Australia Selatan terpaksa ditutup selepas kawasan itu dicemari buih putih luar biasa serta dipenuhi puluhan bangkai ikan, menurut pihak berkuasa pada Selasa.
Pegawai Saintifik Utama Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar Australia Selatan, Sam Gaylard, berkata pembentukan mikroalga akibat keadaan cuaca luar biasa dipercayai menjadi punca pencemaran tersebut sehingga menyebabkan pengunjung pantai jatuh sakit.
“Pencemaran di kedua-dua pantai selatan Adelaide ini amat membimbangkan,” katanya.
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar dan Air mengesahkan bahawa Pantai Parsons dan Waitpinga hanya akan dibuka semula selepas keadaan disahkan selamat untuk orang ramai.
Sejak hujung minggu lalu, beberapa peluncur yang berada di pantai berkenaan mengadu mengalami sakit mata, sakit tekak dan batuk selepas terdedah kepada air laut tersebut.
Difahamkan, saintis marin telah mengambil sampel buih berkenaan yang dipercayai terhasil daripada pereputan organisma toksik, namun keputusan analisis hanya dijangka diperoleh pada hujung minggu ini. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#buih putih
#pencemaran
#mikroalga
#Pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan