awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina 'aktif memantau' peningkatan kes COVID-19 di Asia Tenggara

Bernama
Bernama
17/05/2025
23:40 MYT
Filipina 'aktif memantau' peningkatan kes COVID-19 di Asia Tenggara
DOH komited dalam memastikan orang ramai dimaklumkan dan akan menyediakan maklumat terkini secara tepat pada masanya sekiranya situasi berubah. - Facebook DOH Filipina
MANILA: Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina berkata pada Sabtu bahawa pihaknya sedang "aktif memantau" jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara susulan peningkatan kes yang dilaporkan di beberapa bahagian rantau itu, lapor Xinhua.
"Kami secara aktif berkoordinasi melalui mekanisme yang telah ditetapkan seperti ASEAN. Ini memberi kami maklumat yang disahkan, meningkatkan kesiapsiagaan walaupun kami tidak melihat sebarang sebab untuk bimbang," kata agensi itu dalam satu kenyataan.
Sehingga 3 Mei 2025, DOH melaporkan penurunan sebanyak 87 peratus dalam kes dan kematian berbanding 2024 di Filipina, dengan hanya 1,774 kes COVID-19 dilaporkan tahun ini, berbanding 14,074 kes pada tahun lepas.
"Kadar kematian kes hanya 1.13 peratus," kata agensi itu.
DOH turut menegaskan komitmennya untuk memastikan orang ramai dimaklumkan dan akan menyediakan maklumat terkini secara tepat pada masanya sekiranya situasi berubah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Filipina
#Asia Tenggara
#kes jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami