awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabenor wilayah Balkh Afghanistan terbunuh dalam letupan

Bernama
Bernama
09/03/2023
14:09 MYT
Gabenor wilayah Balkh Afghanistan terbunuh dalam letupan
Ini adalah kali pertama pegawai berprofil tinggi menjadi sasaran sejak Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan pada Ogos 2021. - Foto AP PhotoAbdul Saboor Sirat
MAZAR-I-SHARIF (Afghanistan): Gabenor wilayah Balkh utara Afghanistan disahkan terbunuh dalam satu letupan yang menyasarkan pejabatnya di ibu kota wilayah Mazar-i-Sharif pada Khamis.
"Malangnya saya menerima maklumat bahawa Hajji Mullah Mohammad Daud Mazamil terbunuh dalam serangan bunuh diri hari ini," kata ketua jurucakap kerajaan sementara Afghanistan Zabihullah Mujahid menerusi platform media sosial.
Menurut polis, letupan berlaku pada 09.27 pagi waktu tempatan di tingkat dua pejabat gabenor apabila seorang pengebom bertindak meletupkan dirinya, hingga meragut dua nyawa yang lain termasuk Mazamil, lapor Xinhua.
Ini adalah kali pertama pegawai berprofil tinggi menjadi sasaran sejak Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan pada Ogos 2021.
Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#letupan
#media sosial
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan