awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis angkat trak terbakar untuk selamatkan bapa

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
12/01/2016
06:36 MYT
Gadis angkat trak terbakar untuk selamatkan bapa
Charlotte menerima Citizen Lifesaving Award di Jabatan Bomba Fairfax County disaksikan oleh keluarga dan teman-teman. - Foto Twitter
Seorang gadis di Virginia mendapat kekuatan luar biasa untuk mengangkat sebuah trak yang terbakar demi menyelamatkan bapanya, lapor The Daily Beast.
Charlotte Heffelmire muncul sebagai penyelamat apabila bapanya, Eric, yang terperangkap di bawah trak yang sedang dibaiki gara-gara jek hidraulik yang mengangkat kereta tergelincir keluar.
Trak yang mengalami kebocoran minyak itu mula terbakar dan api turut menyambar beberapa bekas penyimpan propana yang terletak di dalam garajnya.
"Saya rasa dia sudah berada di dalam garaj lebih kurang 10 minit apabila saya sampai. Garaj sudah terbakar dan saya cuma fikir apa yang saya perlu buat," ujar Charlotte.
Eric turut berkongsi detik sebaik sahaja anak perempuannya mula mengangkat trak.
"Saya dapat rasa ada perubahan berat. Saya katakan 'sikit lagi' kepadanya, kemudian ada bunyi ughhh dan saya diselamatkan."
Charlotte kemudiannya memandu trak tersebut keluar dari garaj dan memadamkan kebakaran sekaligus menyelamatkan nenek dan anak saudaranya yang berada di rumah ketika itu. Bahagian belakang dan kakinya cedera akibat terkena api.
Tindakan berani Charlotte dipuji masyarakat tempatan dan Jabatan Bomba Fairfax County memberinya Citizen Lifesaving Award.
Topic Berkaitan
#bomba
#Charlotte Heffelmire
#Kini Trending
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan