awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa kementerian dalam radar SPRM berkaitan isu perolehan - Azam
Saluran aduan rasmi Majlis Media Malaysia kini dibuka
Tan Sri antara dua ditahan kes penipuan pelaburan lebih RM300 juta - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara buat laporan COVID-19, wartawan diserang penduduk

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2020
05:40 MYT
Gara-gara buat laporan COVID-19, wartawan diserang penduduk
India setakat Jumaat mencatatkan 13,387 kes positif COVID-19 dengan 437 kematian.
Seorang wartawan diserang oleh kira-kira 100 penduduk di sebuah perkampungan di Ahmednagar, Maharashtra, India ekoran laporannya yang meminta penduduk kampung itu untuk berkuarantin selepas salah seorang penduduk di situ disahkan positif jangkitan COVID-19, pada Khamis.
Portal Times Of India melaporkan, kumpulan itu turut dikatakan menyerbu masuk kediaman wartawan itu dan menyerang ahli keluarganya.
Laporan itu menyebut, ekoran itu polis membuka kertas siasatan ke atas penduduk kampung itu yang telah dikenal pasti terlibat dalam insiden itu.
Laporan Times Of India mengenai serangan ke atas seorang wartawan di Maharashtra, India.
Kejadian seumpama itu bukanlah sesuatu yang baharu di India bahkan ramai daripada kakitangan perubatan, polis dan sukarelawan yang menjadi mangsa serangan ketika bertugas di negara itu terutamanya pada ketika ini.
Malangnya, kumpulan itu hanya menjalankan tugas sebagai barisan hadapan dalam membanteras jangkitan pandemik itu.
Sementara itu, Financial Express melaporkan, sehingga pagi Jumaat, Maharashtra direkodkan sebagai negeri yang mempunyai jumlah kes COVID-19 tertinggi di India dengan 3,205 kes diikuti New Delhi dengan 1,640 kes positif.
Laporan yang sama juga menyatakan, India setakat ini mencatatkan 13,387 kes positif dengan 437 kematian.
Ia menyaksikan pertambahan 1,007 kes dengan 23 kematian baharu dalam tempoh 24 jam.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Financial Express
#India
#Maharashtra
#serang
#Times of India
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan