awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2023
00:20 MYT
Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Seorang lelaki berjalan di bangunan yang musnah akibat diserang tentera rejim Zionis Israel di Kota Gaza. - Foto AP
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sifatkan Semenanjung Gaza kini di ambang bencana kemanusiaan.
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.
Jelas Guterres, rundingan kini giat dijalankan untuk melanjutkan gencatan senjata dan PBB juga mahu jeda kemanusiaan yang sebenar.
"Penduduk Gaza kini di ambang bencana kemanusiaan di hadapan mata dunia. Kita tidak boleh berpaling.
"Rundingan intensif kini berlangsung untuk melanjutkan gencatan senjata, langkah yang sangat kami alu-alukan. Tetapi kami percaya, kami memerlukan satu jeda kemanusiaan yang sebenar," katanya.
Tambahnya, konflik Palestin-Israel yang berpanjangan telah menyebabkan kehilangan nyawa dan bencana kemanusiaan.
Potensi konflik merebak ke rantau Asia Barat kini juga semakin meningkat.
Sehubungan itu Guterres menekankan keperluan menguatkuasa gencatan senjata kekal.
Topic Berkaitan
#Gaza
#bencana kemanusiaan
#Antonio Guterres
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan