awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza telah jadi ‘kem penghapusan terbesar dunia’ - Presiden Turkiye

Bernama
Bernama
30/07/2024
23:15 MYT
Gaza telah jadi ‘kem penghapusan terbesar dunia’ - Presiden Turkiye
Erdogan berkata, Semenanjung Gaza telah menjadi "kem penghapusan terbesar dunia," sambil menambah bahawa Israel telah melakukan kekejaman yang akan "mengatasi Hitler." - Gambar fail AP
ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Selasa berkata, Semenanjung Gaza telah menjadi "kem penghapusan terbesar dunia," sambil menambah bahawa Israel telah melakukan kekejaman yang akan "mengatasi Hitler."
"Pemimpin dan organisasi Barat yang tugasnya memastikan keselamatan antarabangsa hanya menyaksikan kekejaman ini dari jauh selama hampir 300 hari," kata Erdogan dalam satu ucapan di ibu negara Ankara.
"Berapa ramai lagi kanak-kanak perlu mati untuk melihat bahawa dasar pencerobohan Israel membahayakan seluruh rantau ini? Lihat, ini bukan jalan yang boleh diteruskan," katanya lagi.
Presiden Turkiye itu juga menyeru supaya "kekejaman dan barbarisme Israel dihentikan dengan segera, sebelum terlambat."
Beliau berkata Israel adalah satu-satunya negara di rantau ini yang mendapat keselamatannya melalui "pencerobohan, pembunuhan beramai-ramai dan perampasan tanah," bertindak seperti "organisasi pengganas."
"Israel yang tidak mengamalkan undang-undang ini adalah ancaman bukan sahaja kepada Palestin dan Lubnan tetapi kepada seluruh umat manusia, kepada seluruh dunia pada ketika ini," kata Erdogan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Recep Tayyip Erdogan
#Israel Hitler
#barbarisme Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan