awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
PM Anwar akan melancarkan 'I LITE U' di Bukit Bintang pada 3 Jan
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaza tempat paling bahaya di dunia untuk wartawan dan keluarga mereka - PBB

Agensi
Agensi
18/12/2023
23:30 MYT
Gaza tempat paling bahaya di dunia untuk wartawan dan keluarga mereka - PBB
Wilayah konflik Gaza telah menjadi tempat paling berbahaya di dunia untuk wartawan dan keluarga mereka, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Gambar REUTERS
GAZA: Wilayah konflik Gaza telah menjadi tempat paling berbahaya di dunia untuk wartawan dan keluarga mereka, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sejak serangan 7 Oktober, sekurang-kurangnya 57 wartawan Palestin telah terbunuh di Gaza, seperti dilaporkan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ).
Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 64 wartawan telah terbunuh sejak 7 Oktober lalu, termasuk empat wartawan Israel dan tiga wartawan Lubnan, kata organisasi itu.
Wartawan “telah melaporkan kepada seluruh dunia secara langsung mengenai penderitaan yang dilalui oleh orang awam di Gaza. Dedikasi mereka seharusnya dihargai.
"Namun kini, satu demi satu terkorban,” kata PBB dalam satu kenyataan dari Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di Wilayah Palestin yang Diduduki.
Pertubuhan PBB itu juga menyatakan kebimbangan berhubung dakwaan yang dilaporkan secara meluas bahawa wartawan dan kakitangan media menerima panggilan telefon yang mengancam dan menakutkan daripada anggota keselamatan Israel.
Pembunuhan dan mengarahkan wartawan berpindah secara paksa juga menghalang keupayaan pengamal media untuk melaporkan secara langsung dari lapangan di Gaza, tegas kenyataan itu lagi. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Gaza tempat paling bahaya
#wartawan
#wartawan dibunuh Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan