awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sembilan termasuk empat penuntut cedera letupan di universiti swasta
Teksi air Pulau Pinang belum dapat direalisasikan - Loke
Warga Indonesia dipenjara tiga bulan guna salinan kad pengenalan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gedung chatbot OpenAI GPT Store kini dibuka

Amanz
Amanz
11/01/2024
11:20 MYT
Gedung chatbot OpenAI GPT Store kini dibuka
Menurut OpenAI, setiap chatbot di GPT Store ini menawarkan kemampuan berbeza seperti menjana imej, untuk kajian, untuk pengaturcaraan, pendidikan, gaya hidup dan banyak lagi. - Gambar/ Amanz
OpenAI hari ini telah membuka gedung chatbot mereka GPT Store untuk orang awam. Di dalam gedung ini terdapat semua chatbot dibina oleh rakan OpenAI atau komuniti. Antara yang ditawarkan adalah chatbot berasaskan GPT serta yang berasaskan DALL.E.
Menurut OpenAI, setiap chatbot di GPT Store ini menawarkan kemampuan berbeza seperti menjana imej, untuk kajian, untuk pengaturcaraan, pendidikan, gaya hidup dan banyak lagi.
Jumlah GPT yang telah dibangunkan sejak GPT Store diumumkan dikatakan telah mencapai lebih 3 juta.
Seperti App Store dan Play Store, GPT Store turut akan mencadangkan chatbot baharu setiap minggu berdasarkan populariti dan jumlah muat turun.
Sempena pembukaan, AllTrails, Consensus, Code Tutor, Canva, Books dan CK-12 Flexi ditawarkan secara percuma. Untuk mengakses GPT Store, seseorang itu haruslah melanggan ChatGPT Plus, Team atau Enterprise.
Setiap pembangun yang menyenaraikan chatbot masing-masing turut akan menerima bayaran berdasarkan jumlah penggunaan.
OpenAI masih tidak mendedahkan kadar bayaran dan pada sama turut menggalakkan orang ramai membangunkan chatbot GPT tersendiri kerana dikatakan tidak memerlukan pengetahuan pengaturcaraan pun. - Amanz
Topic Berkaitan
#OpenAI
#GPT Store
#gedung chatbot
#cara beli chatbot AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan