Skip to main content

Malaysia

Tiga lagi ditahan bakar mercun berhampiran lampu isyarat

Polis menahan tiga lagi lelaki berhubung kes membakar mercun berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai, Ahad lepas. - Foto Sinar Harian
Polis menahan tiga lagi lelaki berhubung kes membakar mercun berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai, Ahad lepas. - Foto Sinar Harian
Advertisement

JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lagi lelaki berhubung kes membakar mercun berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Azrol Anuar Nor berkata kesemuanya yang berusia 19 hingga 23 tahun ditahan di sekitar Skudai kira-kira 4.30 petang tadi.

"Hasil semakan mendapati dua daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, namun saringan awal air kencing didapati negatif terhadap dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Advertisement

Sebelum ini, polis menahan empat lelaki berusia 16 hingga 25 tahun pada 7.30 malam hari sama berkaitan kes terbabit.

Azrol Anuar berkata kesemua empat lelaki itu akan dituduh di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan dan dua lagi di bawah Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Mahkamah Majistret di sini esok.

Advertisement

"Seorang suspek dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya mellaui talian hotline 07-5563122," katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 29 saat menerusi media sosial memaparkan perbuatan membakar mercun di lokasi itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement