awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Rusia: Gelombang tsunami mula landa pantai Amerika Syarikat

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2025
06:30 MYT
Gempa bumi Rusia: Gelombang tsunami mula landa pantai Amerika Syarikat
Gelombang tsunami mula melanda pantai AS termasuk Alaska dan Hawaii susulan gempa bumi 8.8 magnitud di Kamchatka, Rusia. -Foto Reuters
WASHINGTON: Gelombang tsunami susulan gempa bumi kuat berukuran 8.8 magnitud di pesisir timur Rusia mula melanda pantai Amerika Syarikat (AS), termasuk Alaska dan Hawaii, menurut laporan terkini daripada agensi rasmi AS.

Ringkasan AI
  • Gelombang tsunami mula melanda pantai AS termasuk Alaska dan Hawaii susulan gempa bumi 8.8 magnitud di Kamchatka, Rusia.
  • Siren amaran dibunyikan dan pemindahan penduduk ke kawasan tinggi sedang dijalankan, dengan gelombang dijangka tiba di pantai barat AS dalam beberapa jam.
  • Tiada laporan kematian atau kerosakan besar setakat ini, namun pihak berkuasa memberi amaran gelombang susulan yang lebih besar masih berkemungkinan berlaku.

Gelombang pertama dilapor melanda Kepulauan Aleutian di Alaska dengan paras air naik secara mendadak, manakala Hawaii mencatat peningkatan air di Kahului, Nawiliwili, Honolulu dan Pearl Harbour.
Siren amaran telah dibunyikan dan pemindahan penduduk ke kawasan tinggi sedang dilaksanakan.
Pusat Amaran Tsunami Amerika Syarikat menjangkakan gelombang seterusnya akan melanda kawasan pantai barat dalam beberapa jam, termasuk Oregon dan Washington sekitar 11.35 malam waktu Pasifik (2.35 petang waktu Malaysia esok).
California dijangka menerima gelombang sekitar 11.50 malam, termasuk Teluk San Francisco pada 12.40 pagi dan Pelabuhan Los Angeles sekitar 1.00 pagi waktu Pasifik.
Coastal gauges are now detecting tsunami waves in the E Aleutians & Pac side of Alaska Peninsula. Here are the latest obs from the Nat'l Tsunami Warning Center and coastal gauges. Red points show obs, blue points show forecast tides. The times in the graphs are in Zulu/UTC (1/2) pic.twitter.com/OPqD2bXgLt
— NWS Anchorage (@NWSAnchorage) July 30, 2025
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa gelombang pertama mungkin bukan yang paling kuat, dan gelombang susulan yang lebih besar boleh berlaku.
Penduduk di kawasan pesisir digesa berpindah ke kawasan tinggi dan mematuhi semua arahan kecemasan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan persekutuan.
Setakat ini, tiada laporan kematian atau kerosakan besar diterima, namun pemantauan rapi diteruskan berikutan kemungkinan gegaran susulan dan perubahan arus laut yang tidak dapat dijangka sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#tsunami
#Alaska
#Hawaii
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan