Sekitar Masjid Baiturrahman yang terletak di tengah bandar Kota Palu menjadi antara kawasan teruk terjejas akibat gempa bumi bermagnitud 7.4 pada skala Richter dan kejadian tsunami di sini, Jumaat lalu.
Dianggarkan 800 jemaah sedang bersiap menunaikan solat Maghrib ketika musibah melanda.
Seorang mangsa, Sultami Abdul Rohim, 31, yang ketika kejadian berada berhampiran masjid itu berkata sebelum ombak naik, berlaku satu gegaran kuat hingga berlaku retakan pada bangunan.
"Gegaran itu sangat kuat sehingga ada yang menunggang motosikal jatuh dan semua orang panik cuba menyelamatkan diri masing-masing.
"Selepas gegaran itu, secara tiba-tiba datang satu arus ombak setinggi tiang elektrik terus membadai bangunan masjid serta pusat beli-belah berhampiran," katanya kepada Bernama pada Khamis.
Sultami berkata dalam kekalutan itu, beliau sempat menyelamatkan diri dengan naik ke bangunan kedai berhampiran.
BACA: Gempa Sulawesi: Sebahagian kota Palu masih bergelap
BACA: Malaysia tubuh tabung bencana Sulawesi
Menurutnya, kawasan masjid itu turut menempatkan sekolah agama namun semua pelajarnya selamat kerana ketika kejadian waktu sekolah telah tamat.
"Jumlah mayat yang dijumpai di kawasan berhampiran masjid itu antara yang paling ramai, sekitar 300 orang," katanya.
BACA: "Saya terbangun akibat gegaran itu" - Afgan
BACA: Gempa-Tsunami Palu: Angka kematian menghampiri 1,400
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, jumlah mangsa korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah meningkat kepada lebih 1,400 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 04 2018
Masjid Baiturrahman menjadi antara kawasan yang paling terjejas ketika gempa bumi bermagnitud 7.4 pada skala Richter dan kejadian tsunami, 29 Sept lalu. --fotoBERNAMA
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
Banjir di Nusa Tenggara Timur, 44 disahkan terkorban
Seramai 44 orang disahkan terkorban setakat ini dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di wilayah Flores Timur.
Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini 377,541 kes, kematian 12,959
Indonesia mencatatkan 4,432 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 377,541 kes.
Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini 368,842 kes, kematian 12,734
Indonesia mencatatkan 3,602 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 368,842.
Indonesia catat 4,411 kes COVID-19 baru, 112 kematian
Indonesia mencatatkan 4,411 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 349,160 kes.
COVID-19: Jangkitan di Indonesia lepasi angka 300,000 kes
Kes positif COVID-19 di Indonesia melepasi angka 300,000 selepas mencatatkan 3,992 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.
COVID-19: Jangkitan di Indonesia kini 282,724 kes, hotel turut dijadikan hospital sementara
Pemerintah Indonesia kini menjadikan hotel di Jakarta sebagai tempat kuarantin dan merawat pesakit COVID-19.
Kes COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 66,226 dengan 3,309 kematian
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus bertambah dengan 1,268 kes lagi dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 66,226 kes.
Kes baharu positif COVID-19 di Indonesia lepasi angka 60,000, kematian 3,036
Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 60,000, iaitu tambahan 1,301 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Indonesia catat kes baharu positif COVID-19 tertinggi, jumlah kematian kini 2,987
Indonesia mencatatkan 1,624 kes positif COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama virus itu dikesan di negara itu pada 2 Mac lepas.
COVID-19: Jumlah kes positif di Indonesia lepasi 21,000
Jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 21,745 kes dengan jumlah kematian seramai 1,351 orang.