awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas kapal tangki kelima terkait Venezuela di Laut Caribbean
Pemilik bar ditahan susulan kebakaran maut malam Tahun Baharu di Switzerland
Putera Mahkota Iran bangkit sebagai figura protes selepas puluhan tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2025
23:15 MYT
Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Walaupun tiada unsur jenayah ke atas badan mangsa, tetapi pihak polis menyifatkan kematian pasangan ini sangat mencurigakan, justeru siasatan terperinci perlu dijalankan. - Foto fail/AP
SANTA FE: Pelakon legenda dan pemenang dua kali Anugerah Oscar, Gene Hackman yang ditemukan mati bersama isterinya, Betsy Arakawa dipercayai meninggal dunia untuk tempoh agak lama sebelum ditemui.
Sheriff Daerah Santa Fe, Adan Mendoza berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.
Ujar Mendoza, walaupun tiada unsur jenayah ke atas badan mangsa, tetapi pihaknya menyifatkan kematian pasangan ini sangat mencurigakan, justeru siasatan terperinci perlu dijalankan.
Pada Rabu, Pejabat Syerif Daerah Santa Fe mengesahkan Hackman dan isterinya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di rumah mereka di Santa Fe.
Hackman, 95, ditemui di bahagian pintu masuk rumah, manakala arakawa, 65, terbaring di sebelah kanan badannya di dalam bilik mandi.
Anjing baka German Shepherd perliharaan mereka turut ditemui mati di dalam almari bilik mandi berhampiran Arakawa, kata pihak polis.
Syarikat gas New Mexico telah menguji saluran gas di dalam dan sekitar rumah selepas penemuan mayat, tetapi tidak menemui sebarang masalah.
Jabatan bomba juga tidak menemukan tanda-tanda kebocoran atau keracunan karbon monoksida.
Proses bedah siasat kedua-dua mangsa serta ujian karbon monoksida dan toksikologi masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#Gene Hackman
#meninggal dunia
#Betsy Arakawa
#tempoh lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan