awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gereja Katedral Jakarta sumbang seekor lembu korban kepada Masjid Istiqlal

Agensi
Agensi
17/06/2024
00:40 MYT
Gereja Katedral Jakarta sumbang seekor lembu korban kepada Masjid Istiqlal
Gereja Katedral di ibu negara Indonesia menyumbang seekor lembu korban kepada Masjid Istiqlal sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini. - Gambar hiasan
JAKARTA: Gereja Katedral di ibu negara Indonesia menyumbang seekor lembu korban kepada Masjid Istiqlal sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.
Menurut jurucakap Masjid Istiqlal, Ismail Cawidu, sumbangan haiwan korban itu sebagai tanda toleransi agama dan persahabatan.
Seperti yang dilakukan sebelum ini, gereja berkenaan turut menyediakan tempat letak kereta untuk umat Islam menunaikan solat Aidiladha pada pagi Isnin.
“Ini adalah dasar timbal balik yang telah dilaksanakan sejak sekian lama.
"Semasa Krismas, Masjid Istiqlal juga membuka tempat letak kereta untuk jemaah,” ujar Ismail.
Masjid terbesar di rantau ini menerima sekitar 250,000 jemaah untuk mendirikan solat sunat Aidiladha.
Topic Berkaitan
#hari raya aidiladha
#Lembu Korban
#Gereja Katedral
#masjid istiqlal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan