awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Germanwings: Rakaman suasana panik dalam kabin sebelum nahas tersebar

AFP
AFP
01/04/2015
04:27 MYT
Germanwings: Rakaman suasana panik dalam kabin sebelum nahas tersebar
Rakaman yang berdurasi beberapa saat itu menunjukkan penumpang seolah tahu apa yang bakal berlaku kepada mereka.
Sebuah video yang kini tersebar didakwa memaparkan detik akhir di dalam kabin pesawat Germanswings yang terhempas minggu lalu.
Rakaman video itu juga dikatakan memaparkan suasana panik di mana ada penumpang menjerit "Ya Tuhan."
Majalah Perancis, Paris Match dan juga akhbar harian Jerman, Bild mendakwa ketulenan video yang dirakam menerusi telefon bimbit itu "tidak perlu dipersoalkan" kerana ia diperoleh dari lokasi nahas.
Rakaman yang berdurasi beberapa saat itu menunjukkan penumpang seolah tahu apa yang bakal berlaku kepada mereka sebelum pesawat malang itu terhempas.
"Suasana begitu huru-hara sehingga sukar untuk mengenal pasti penumpang, namun jeritan mereka jelas menunjukkan bahawa mereka tahu apa yang akan terjadi kepada diri mereka," kata Paris Match.
Tambahnya, bunyi ketukan logam juga kedengaran lebih daripada tiga kali - kemungkinan cubaan daripada kapten pesawat untuk membuka pintu kokpit dengan objek berat.
Penyiasat yang meneliti data daripada perakam suara kokpit (CVR) mendakwa pembantu juruterbang Andreas Lubitz telah mengunci kapten pesawat di luar kokpit dan dengan sengaja menyebabkan ia terhempas.
Dalam kejadian pada 24 Mac itu, pesawat Germanwings tersebut telah merempuh banjaran pergunungan Alps di Perancis pada kelajuan 700 kilometer sejam, membunuh kesemua 150 penumpang dan kru.
Topic Berkaitan
#Alps
#Andreas Lubitz
#Germanwings
#Lufthansa
#rakaman video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan