awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gorilla lahirkan anak di zoo Moscow

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2013
00:46 MYT
Gorilla lahirkan anak di zoo Moscow
Zoo Moscow kini mempunyai tarikan terbaru susulan kelahiran seekor gorilla pada minggu lalu. Berita berkenaan menjadikan zoo tersebut jadi tumpuan orang ramai walaupun anak gorilla itu masih belum dipamerkan kepada umum. Jurucakap zoo, Elena Mendosa memberitahu pembiakan gorilla di zoo Moscow merupakan sesuatu yang unik dan berharap proses berkenaan akan berterusan. Sehingga kini gorilla yang baru lahir itu masih dikawal rapi bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik. Ia merupakan kelahiran kedua oleh pasangan gorilla dan merupakan satu sejarah. Ini kerana sejak zoo berkenaan dibina 149 tahun yang lalu semua Gorilla yang dipelihara tidak pernah membiak. Dalam pada itu ibu gorilla berkenaan sudah muncul di khalayak ramai. Bagaimanapun, anak pertama gorilla yang kini berusia empat tahun dilapor mahukan perhatian yang lebih daripada ibunya. Kelahiran terbaru itu menjadikan kumpulan zoo berkenaan mempunyai sebanyak dua ekor gorilla jantan dewasa, dua betina dewasa dan dua anak gorilla.
Topic Berkaitan
#gorilla
#Moscow
#zoo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan